Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai 22 barangan skim kawalan harga bersempena Aidilfitri

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumka­n 22 barangan yang tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018.

Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super (tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) serta telur ayam gred A, B dan C.

Turut tertakluk di bawah skim itu ialah daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau import, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah, bawang kecil India, bawang putih China, bawang besar import dan ubi kentang import China.

Selain itu, ikan kembung/ mabung (berat antara tujuh ekor hingga 10 ekor sekilogram), ikan selayang, ikan tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja) dan ikan demudok/ sagai/ cermin/ cupak (dikawal di Sabah sahaja).

Perdana menteri dalam kenyataan semalam berkata skim itu dilaksanak­an bermula 8 Jun hingga 22 Jun oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipen- catutan 2011.

“Tempoh pelaksanaa­n adalah selama 15 hari bagi perayaan tersebut dan ia akan berkuat kuasa tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluara­n (bagi ayam dan telur ayam), borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kewajaran dan kesesuaian.

“Penentuan ini dibuat agar penguatkua­saan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi barangan tersebut untuk membezakan dengan barangan lain.

“Bagaimanap­un, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Shamsul (tengah) memeriksa tanda Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar peratus di sebuah premis barangan logam di Jepalang semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: Shamsul (tengah) memeriksa tanda Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar peratus di sebuah premis barangan logam di Jepalang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia