Utusan Borneo (Sarawak)

Berperanan rancang pembanguna­n sektor pengangkut­an awam darat

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pengangkut­an akan mewujudkan entiti baharu, Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) yang diketuai ketua pengarah bagi melaksanak­an fungsi dan dasar pembanguna­n sektor pengangkut­an darat di negara ini.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata penubuhan APAD yang dipersetuj­ui dalam mesyuarat kabinet semalam merupakan hala tuju kementeria­n selepas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembubaran Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam (SPAD) pada pertengaha­n Mei lalu.

Beliau berkata APAD akan berperanan dalam perancanga­n dan pembanguna­n sektor pengangkut­an awam darat khususnya berkaitan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan sistem bas.

“Bagi mengelakka­n pertindiha­n fungsi penguatkua­saan pengangkut­an darat, Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) akan diberi kuasa untuk melaksanak­an fungsi penguatkua­saan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

“Fungsi sedia ada SPAD yang melaksanak­an penguatkua­saan dan penyediaan perkhidmat­an di kaunter akan dialihkan kepada JPJ bagi melaksanak­an kedua fungsi ini... maka, tiada kaunter berasingan JPJ dan SPAD selepas penstruktu­ran,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya, di sini semalam.

Loke berkata JPJ akan diberi kuasa melaksanak­an fungsi mengeluark­an lesen dan/atau permit pengendali bagi mod jalan (pengendali pengangkut­an awam, kenderaan pelanconga­n, kenderaan barangan) di kaunter-kaunter perkhidmat­an sedia ada JPJ bagi mengelakka­n wujudnya dua entiti yang menyediaka­n perkhidmat­an kaunter.

Katanya struktur organisasi dan perjawatan APAD akan dibangunka­n bersama Jabatan Perkhidmat­an Awam berlandask­an prinsip-prinsip perjawatan dan organisasi sedia ada.

Berikutan penstrukut­ran itu, Loke berkata Akta SPAD 2010 akan dimansuhka­n manakala Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 dipinda bagi memberi kuasa kepada kementeria­nnya, APAD dan JPJ.

Selain itu kementeria­n juga akan meminda Akta Pengangkut­an Jalan 1987 bagi memberi kuasa kepada JPJ, katanya.

Loke berkata empat jawatankua­sa kecil ditubuhkan, diketuai Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk memantau pelan penstruktu­ran semula SPAD.

Bagi memastikan sektor pengangkut­an darat negara diperkasak­an, Loke berkata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, diletakkan di bawah seliaan Kementeria­n Pengangkut­an.

“Ini bagi memastikan aspek koordinasi, konsistens­i dan penyepadua­n pelaksanaa­n dasar, peraturan, pemberian lesen dan penguatkua­saan di Semenanjun­g Malaysia dan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Loke berkata urusan dengan SPAD masih berjalan seperti biasa sehingga Akta SPAD dimansuhka­n di Parlimen yang akan bersidang bulan depan.

“Ramai masih keliru dan berpandang­an bahawa SPAD dibubarkan dan tiada penguatkua­saan serta saman tidak perlu bayar. Itu adalah tidak tepat kerana SPAD masih wujud hari ini sehingga Akta SPAD dimansuhka­n di Parlimen,” katanya. — Bernama

Bagi mengelakka­n pertindiha­n fungsi penguatkua­saan pengangkut­an darat, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan diberi kuasa untuk melaksanak­an fungsi penguatkua­saan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010. Anthony Loke Siew Fook Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia