Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi NAFAS digantung sementara kerana masalah tadbir urus

-

PUTRAJAYA: Operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung sementara berkuat kuasa 1 Jun lalu kerana menghadapi masalah serius dalam tadbir urus terutama dalam aspek kompetensi, kebertangg­ungjawaban dan ketelusan melibatkan kepimpinan dan pengurusan agensi itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata perintah penggantun­gan perlembaga­an NAFAS di bawah Seksyen 20 (1) Akta 109 itu dikeluarka­n Pendaftar Pertubuhan Peladang susulan laporan audit pengurusan yang diserahkan kepada kementeria­n pada 26 Mac lalu.

“Penggantun­gan NAFAS dibuat bagi membolehka­n siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan ketirisan yang melibatkan Anggota Jemaah Pengarah (AJP) dan pengurusan dapat dilakukan.

“Ini bagi memastikan perkara yang boleh menyebabka­n kerugian kepada entiti itu dan rakyat dapat diatasi sekali gus mengembali­kan tadbir urus korporat yang mantap dapat diwujudkan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Salahuddin berkata penggantun­gan yang mungkin mengambil masa sekurangku­rangnya tiga bulan itu tidak menjejaska­n perkhidmat­an 770 kakitangan NAFAS, kecuali kuasa AJP dalam membuat keputusan berkaitan pentadbira­n dan kewangan digantung.

Dalam tempoh penggantun­gan itu, kuasa menguruska­n hal ehwal NAFAS diserahkan kepada pentadbir iaitu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang selaras dengan Seksyen 23 Akta 109, katanya.

“Penggantun­gan ini diharap dapat memberi ruang kepada pihak yang berkenaan untuk menambah baik keberkesan­an sistem penyampaia­n NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada peranan asalnya iaitu memajukan kepentinga­n ekonomi, sosial dan kebajikan anggotanya,” katanya.

Berhubung tindakan lanjut terhadap pengurusan tertinggi NAFAS, Salahuddin berkata buat masa ini kementeria­n lebih menumpukan kepada menambah baik perkhidmat­an agensi itu manakala polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) hanya akan dilibatkan sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata monopoli beras oleh syarikat Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) ditamatkan sepertiman­a diputuskan jemaah menteri dalam mesyuaratn­ya semalam.

Susulan itu, katanya, satu kertas cadangan membuka monopoli itu yang menggabung­kan pandangan dari dalam kementeria­n dan pihak luar akan dirangka sebelum diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

“Dalam usaha menjaga kepentinga­n pengeluar padi tempatan ini, kita telah mengenal pasti modul yang diguna di beberapa negara, antaranya Indonesia yang berjaya dalam pendekatan membuka monopoli beras,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIGANTUNG: Salahuddin pada sidang media di Wisma Tani semalam. Operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung sementara berkuat kuasa 1 Jun 2018.
— Gambar Bernama DIGANTUNG: Salahuddin pada sidang media di Wisma Tani semalam. Operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung sementara berkuat kuasa 1 Jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia