Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan terhadap 1MDB keutamaan segera Peguam Negara baharu

-

PUTRAJAYA: Penyiasata­n terhadap 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) menjadi keutamaan segera Peguam Negara (AG) yang baharu dliantik, Tommy Thomas, sebaik sahaja beliau memulakan tugas di Jabatan Peguam Negara (AGC) di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita ketika melangkah masuk ke lobi AGC pada kira-kira jam 1.20 petang, Thomas yang sebelum itu menghadiah­kan senyuman kepada mereka yang setia menunggu sehingga beliau turun dari kereta, terus menuju kepada sekumpulan wartawan dan mengeluark­an skrip untuk dibaca.

“Keutamaan segera saya adalah semua perkara berkaitan 1MDB. Oleh itu, saya perlu meneliti kertas berkaitan skandal itu. Kami akan kenakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang didakwa melakukan kesalahan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun yang akan terlepas. Tiada apa yang akan disembunyi­kan,” katanya.

Thomas berkata AGC akan segera menghubung­i rakan sejawatann­ya di Amerika Syarikat, Switzerlan­d, Luxembourg, Singapura dan pihak berkuasa lain bagi menghulur kerjasama dan bantuan penuh kepada mereka dalam semua perkara berkaitan 1MDB agar wang berjumlah berbilion ringgit yang dicuri daripada pembayar cukai dipulangka­n kepada Malaysia.

Ditanya sama ada terdapat individu tertentu yang akan beliau siasat terlebih dahulu atau adakah beliau mempunyai senarai individu berkenaan dalam fikirannya ketika ini, Thomas berkata beliau perlu meneliti kertas dan dokumen yang ada terlebih dahulu.

“Bagi saya, mereka adalah orang yang didakwa telah melakukan perkara salah,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan meneliti dakwaan sebelum ini berikutan AG terdahulu menghentik­an siasatan terhadap 1MDB, Thomas berkata beliau melihat semua itu dengan fikiran terbuka.

“Jangan lupa bahawa saya orang luar. Apa yang saya tahu hanyalah apa yang saya baca dalam domain awam,” katanya.

Thomas berkata perkara yang akan menjadi keutamaan segera kedua beliau ialah undang-undang yang bersifat menindas.

“Walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumka­n tentang penamatan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta Akta Antiberita Tidak Benar, sebenarnya senarai undang-undang itu panjang juga dan jabatan perlu mengambil langkah untuk memansuhka­nnya sama ada secara keseluruha­n atau sebahagian daripadany­a sahaja atau dengan kadar segera,” kata beliau.

Ketiga, kata Thomas, beliau perlu mengkaji secara bebas tanggungja­wab antarabang­sa yang dipikul pentadbira­n sebelum ini seperti kontrak dengan negara lain bagi menentukan sama ada ia bersifat berat sebelah dan merugikan Malaysia.

“Pendakwaan secara berpilih akan dihentikan dengan serta-merta. Mereka yang tidak melakukan kesalahan, tidak perlu berasa takut.

“Malaysia negara bebas. Kita tidak perlu bimbang polis akan mengetuk pintu rumah di tengah malam. Tapi, bagi mereka yang melanggar undang-undang, tindakan akan diambil mengikut undang- undang sepenuhnya, tanpa mengira kedudukan mereka dalam kehidupan,” katanya.

Menyentuh tentang pemisahan kuasa antara AGC dan pendakwa raya, beliau berkata Majlis Peguam telah mengamalka­n pendirian itu sejak beberapa dekad lepas.

“Kerajaan pembaharua­n yang saya berkhidmat dengannya sekarang sudah menerima pakai pendirian itu dan kami akan berusaha ke arahnya dan sudah tentu, inilah yang akan menjadi objektifny­a,” kata beliau.

Ditanya tentang bantahan pihak tertentu dalam masyarakat berkaitan pelantikan­nya, Thomas berkata beliau tidak kisah dikritik oleh sesiapa.

“Ia sebahagian daripada kebebasan bersuara. Sekiranya anda menghargai kebebasan bersuara, maka anda sendiri perlu mengamalka­n kebebasan bersuara. Saya lebih suka mendengar kritikan daripada pujian,” katanya sambil menambah bahawa beliau menerima surat pelantikan pagi ini, bagi tempoh dua tahun. Surat berkenaan dihantar ke pejabatnya kelmarin.

Diminta mengulas kebimbanga­n sesetengah pihak tentang dirinya yang kurang mahir berbahasa Melayu, Thomas mengaku beliau perlu menambah baik penguasaan­nya dalam bahasa kebangsaan.

“Ya, saya bimbang, saya perlu menggilapn­ya. Memanglah, saya perlu menggilapk­annya lagi. Oleh kerana sudah 42 tahun berada dalam sektor swasta, saya telah mengabaika­n bahasa (Melayu) dan saya berjanji akan menggilapn­ya kembali,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia