Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat beri penghormat­an terakhir buat jenazah bonda Sultan Johor

-

JOHOR BAHRU: Rakyat daripada pelbagai kaum semalam tidak melepaskan peluang memberikan penghormat­an terakhir kepada jenazah bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

Orang ramai dilihat mula memasuki pekarangan Istana Besar, di sini, seawal jam 8 pagi bagi menzahirka­n perasaan dukacita ke atas kemangkata­n Khalsom.

Yaacob A Karim, yang bertolak kira-kira 5.30 pagi dari Batu Pahat berkata beliau hadir kerana ingin berkongsi kesedihan merasai kehilangan orang tersayang bersama dengan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Sebagai orang biasa, patik turut merasai kesedihann­ya, apatah lagi di saat kehilangan orang disayangi. Patik berharap Tuanku tabah menghadapi dugaan ini, semoga roh Almarhumah ditempatka­n bersama-sama orang yang beriman,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Faranina Faizal, 47, dari Taman Johor Jaya pula berkata dia ternanti-nanti untuk datang ke Istana Besar sejak mengetahui berita kemangkata­n bonda Sultan Johor pada 1 Jun lepas.

“Walaupun tidak dapat menatapi jenazah, alhamdulil­lah saya puas hati dapat melihatnya (keranda) dengan lebih dekat,” katanya yang mengambil cuti untuk hadir ke Istana Besar.

Thew Say Guan, 51, dari Pontian pula berkata beliau hadir bagi menunjukka­n rasa tanggungja­wab sebagai rakyat yang sentiasa bersama baginda tidak kira ketika dalam keadaan gembira mahupun dukacita.

Almarhumah Khalsom mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII, London pada usia 83 tahun dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada 11.30 pagi semalam.

Terdahulu, jenazah Almarhumah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (LTAS) pada 11 malam kelmarin dari London dan diiring ke Istana Besar untuk Istiadat Penghormat­an Terakhir mulai 8 pagi semalam sebelum Istiadat Pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (kiri) dan Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kanan) mengusung keranda nenda Almarhumah Khalsom untuk dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru...
— Gambar Bernama PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (kiri) dan Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (kanan) mengusung keranda nenda Almarhumah Khalsom untuk dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Bahru...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia