Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen mula bersidang 16 Julai: PM Buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 mulai 16 Julai selama 20 hari

-

PUTRAJAYA: Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 mulai 16 Julai selama 20 hari.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sidang parlimen itu akan bermula dengan pemilihan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan diikuti majlis mengangkat sumpah.

Beliau berkata pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan Akta AntiBerita Tidak Benar serta pindaan terhadap akta-akta lain akan dibentangk­an pada sidang Parlimen itu.

“Ada beberapa pindaan kepada undang-undang yang lain yang akan kita umumkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra di sini semalam.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk berangkat merasmikan istiadat pembukaan sidang Parlimen pada 17 Julai dan melafazkan titah diraja.

Dr Mahathir berkata peruntukan RM500,000 untuk ahli parlimen kerajaan, RM100,000 untuk ahli parlimen pembangkan­g serta peruntukan RM200,000 untuk pusat khidmat ahli parlimen akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Mengenai penurunan kuasa kepada Sarawak, Dr Mahathir berkata kerajaan persekutua­n akan menghormat­i apa yang telah dijanjikan­nya.

Dalam kes Petroliam Na- sional Bhd (Petronas) lawan kerajaan negeri Sarawak, beliau berkata “ia terserah untuk diputuskan mahkamah”.

Pada 4 Jun, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak yang menerima notis dari- pada Pendaftar Mahkamah Persekutua­n bahawa kerajaan negeri dinamakan sebagai pihak dalam satu saman oleh Petronas.

Perbadanan minyak nasional itu berkata ia telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n pengisytih­aran mengenai Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 ( PDA) sebagai undang-undang yang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Syarikat itu memohon mahkamah mengisytih­arkan bahawa di bawah PDA, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum di negara ini, termasuk Sarawak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI MESYUARAT: Dr Mahathir selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SELESAI MESYUARAT: Dr Mahathir selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia