Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO tolak sebarang cubaan hina, perlekeh Institusi Raja

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang semalam meminta rakyat di negeri itu berkongsi pandangan berkenaan cadangan kerajaan negeri menggunaka­n perkataan dua kali berbanding dua penggal dalam meminda perlembaga­an negeri berhubung had memegang jawatan ketua menteri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ini kerana penasihat undang- undang negeri berpandang­an terma dua penggal itu boleh menimbulka­n perbahasan kelak.

“Jadi, cadangan penasihat undang-undang negeri adalah bukan menggunaka­n perkataan ‘penggal’ tetapi guna ‘kali’. Maksudnya seseorang ADUN (anggota Dewan Undangan negeri) itu boleh dilantik sebagai ketua menteri sebanyak dua kali. Itulah cadangan untuk perbincang­an awal belum dimuktamad­kan lagi.

“Ini sedikit berbeza dengan apa yang dikatakan sebelum ini sebab kita selalu kata mengehadka­n perkhidmat­an ketua menteri kepada dua penggal. Kita pun sudah mula berbincang dan mendapati ada cabaran untuk mendefinis­ikan ‘dua penggal’,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau juga memberi jaminan perkara itu akan dilaksanak­an kerana ia sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 bulan lepas yang antara lain menyatakan seseorang yang dilantik menjadi ketua menteri akan memegang jawatan itu tidak lebih daripada 10 tahun.

Mengulas lanjut, Chow berkata pindaan perlembaga­an negeri itu akan melibatkan Perkara 7 iaitu untuk menambah subklausa 2A yang menyebut tiada ADUN boleh dilantik sebagai ketua menteri lebih daripada dua kali.

Orang ramai boleh mengutarak­an pandangan masingmasi­ng menerusi e-mel kepada kerajaan negeri, katanya yang berharap perbincang­an itu turut dilakukan di peringkat nasional. — Bernama KUALA LUMPUR: UMNO menolak sebarang percubaan jahat yang menghina dan memperleke­hkan Institusi Raja-Raja Melayu, sekali gus bertujuan menghakis rasa taat setia rakyat.

Melahirkan kebimbanga­n terhadap penularan kebiadapan terhadap raja-raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindu­ng atas nama hak kebebasan bersuara, UMNO mahu langkahlan­gkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada raja supaya prinsip yang termaktub dalam rukun negara terus dipelihara.

“Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormat­i dan mendaulatk­an raja-raja yang menjadi lambang demokrasi raja berperlemb­agaan di negara ini,” demikian kenyataan Unit Komunikasi Strategik parti itu semalam.

UMNO juga mahu kerajaan Pakatan Harapan bertegas dalam hal itu dan tidak mengambil sikap berdiam diri, serta telus mengekalka­n sebarang peruntukan dalam Perlembaga­an, terutamany­a yang berdasarka­n semangat kontrak sosial.

Dalam kenyataan itu, UMNO menjunjung kasih dan taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkena­n pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu, yang sebelum ini mendapat bantahan banyak pihak.

Kelmarin, Seri Paduka memperkena­n pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sultan Muhammad V turut menitahkan semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Thomas tidak patut menimbulka­n konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama. — Bernama PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas raya kepada ahli peneroka FELDA dan FELCRA, masing-masing RM450 seorang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberian itu daripada peruntukan kerajaan berjumlah RM50 juta untuk FELDA manakala FELCRA pula RM44 juta daripada keuntungan agensi itu.

“Pembayaran insentif ini juga akan diberi kepada semua peneroka termasuk bukan ahli FELDA dan FELCRA,” katanya selepas mesyuarat kabinet di sini, semalam.

Bagi yang bukan ahli FELDA dan FELCRA akan mendapat RM100.

Jelasnya bayaran insentif ini akan disemak semula pada 2019 di mana penerima bantuan sara hidup tidak lagi layak menerimany­a.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata berkenaan dengan beberapa monopoli yang telah diberikan kerajaan terdahulu, kerajaan akan kaji semua dasar monopoli sama ada dimansuhka­n atau diperluask­an atau dihadkan kepada sebilangan yang kecil.

Ketika ditanya mengenai perbadanan berkenaan yang dikaji kerajaan, beliau berkata: “Ada monopoli dalam pengimport­an beras di Malaysia namun ada perolehan monopoli lain dan semua itu.”

“Jadi, kita perlu melihat operasi monopoli berkenaan untuk melihat sama ada kita perlu menghapusk­annya, atau mengurangk­annya atau melakukan apa sahaja yang baik untuk negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia