Utusan Borneo (Sarawak)

Turki ikat Rusia pada persiapan terakhir menjelang Piala Dunia

-

MOSCOW, Rusia: Rusia masih tanpa sebarang kemenangan dari tujuh perlawanan selepas diikat 1-1 oleh Turki pada perlawanan persiapan terakhir mereka ke Piala Dunia 2018 Selasa lepas, dengan hanya kurang sembilan hari sebelum sepak mula kejohanan.

Yunis Malli dimasukkan dari bangku simpanan pada masa rehat untuk mengikat gol pembukaan Rusia oleh Alexander Samedov pada minit ke-35 untuk menafikan kemenangan pertama Rusia dalam tempoh lapan bulan.

“Keputusan seri kelihatan keputusan yang adil walaupun kami boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol,” kata jurulatih Rusia, Stanislav Cherchesov.

“Saya fikir kami melakukan satu peningkata­n besar berbanding perlawanan me- nentang Austria.”

Turki, yang membina semula pasukan selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, bermula dengan baik tetapi gagal mencipta ancaman serius pada 15 minit pertama.

Rusia, dengan sokongan padu 30,000 penyokong di VTB Arena, stadium milik kelab CSKA Moscow, membuka jaringan pada minit ke-35 apabila Alan Dzagoev mengumpan bola kepada Samedov dalam kotak penalti.

Selepas rehat, Turki, yang dibimbing Mircea Lucescu, meningkatk­an serangan untuk mencari gol penyamaan dan Malli melakukann­ya apabila menewaskan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev dengan rembatan jarak jauh sebelum minit satu jam permainan.

Fyodor Smolov, penjaring terbanyak dalam liga Rusia pada 2016/ 2017 dan yang kedua terbanyak tahun ini, terlepas peluang meletakkan Rusia di hadapan semula pada minit ke-72 apabila rembatanny­a sedikit tersasar.

“Ia adalah perlawanan penting untuk Rusia,” kata Lucescu. “Saya merasai tekanan mereka menjelang sepak mula Pial Dunia. Bagi kami, ia satu pengalaman yang baik dan saya gembira dengan keputusan ini.”

Rusia sekarang mencipta lima kemenangan, enam seri dan sembilan kalah sejak Cherchesov memulakan tugas pada Ogos 2015.

Rusia diundi dalam Kumpulan A dan memulakan kejohanan menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki di Moscow pad 14 Jun. Mereka kemudian menentang Mesir di St Petersburg pada 19 Jun dan Uruguay pada 25 Jun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERJAH JARING: Samedov (kiri) menjaringk­an gol permbukaan perlawanan pada aksi persahabat­an di antara Rusia dan Turki di VEB Arena, Moscow pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters TERJAH JARING: Samedov (kiri) menjaringk­an gol permbukaan perlawanan pada aksi persahabat­an di antara Rusia dan Turki di VEB Arena, Moscow pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia