Utusan Borneo (Sarawak)

Cecchinato akui ‘kagum’ selepas kejutkan Djokovic di Terbuka Perancis

-

PARIS, Perancis: Pemain ranking ke-72 dunia, Marco Cecchinato berkata beliau ‘kagum’ dengan dirinya sendiri apabila menjadi pemain lelaki Itali pertama dalam tempoh 40 tahun yang melangkah ke peringkat separuh akhir satu kejohanan Grand Slam apabila mengejutka­n Novak Djokovic dari Serbia 6- 3, 7- 6( 7/ 4), 1- 6 dan 76(13/11) di Terbuka Perancis Selasa lepas.

Cecchinato, yang tidak pernah memenangi satu perlawanan pada mana- mana kejohanan Grand Slam sebelum tiba di Terbuka Perancis, menempah pertemuan menentang pilihan ketujuh dari Austria, Dominic Thiem di separuh akhir.

Pada perlawanan set keempat, Djokovic menyelamat­kan tiga mata akhir tetapi juga mensia-siakan tiga mata akhir beliau sendiri ketika Cecchinato menjadi pemain lelaki pada ranking paling bawah yang layak ke separuh akhir di sini sejak Andre Medvevev – pada ranking ke-100 dunia – melakukann­ya pada 1999.

Pada satu sidang media luar biasa, Djokovic berkata beliau mungkin tidak akan menyertai kejohanan Grand Slam Wimbledon, di mana beliau adalah bekas juara sebanyak tiga kali.

“Saya tidak tahu jika saya akan bermain di permukaan rumput (gelanggang di Wimbledon),” kata jaguh dari Serbia itu.

Cecchinato berkata beliau sendiri terkejut dengan kemenangan­nya, dua tahun selepas karier beliau terjejas apabila diselubung­i dengan dakwaan mengatur perlawanan.

“Mungkin saya sedang tidur. Ia luar biasa, sangat sukar untuk dipercayai. Saya berasa sangat gembira kerana ia sukar mempercaya­i anda menewaskan Novak Djokovic di suku akhir Terbuka Perancis. Ia luar biasa sekali,” kata pemain berusia 25 tahun itu dan menjadi pemain lelaki Itali pertama melangkah ke separuh akhir satu kejohanan Grand Slam sejak Corrado Barazzutti melakukann­ya di Terbuka Perancis pad 1978.

Pada perlawanan turun naik di suku akhir itu, keduadua pemain diberi amaran kerana mendapat nasihat dari jurulatih, dengan Djokovic menerima dua rawatan tepi gelanggang dan Cecchinato dipotong satu mata kerana sikap tidak bersemanga­t kesukanan.

Djokovic juga mensiasiak­an tiga mata akhir pada set kedua dan gagal menamatkan permainan kesembilan pada set keempat ketika mendahului 5-2.

Beliau bagaimanap­un memuji permainan Cecchinato dan mengakui bergelut mencari rentak.

“Saya mempunyai sedikit kecederaan di awal permainan. Selepas sama memanas badan, saya berasa lebih baik tetapi ia menyedihka­n kerana saya tidak menyempurn­akan peluang pada set keempat.”

Djokovic, yang diletakkan sebagai pilihan ke-20 kejohanan – kedudukan paling bawah beliau sejak lebih dari satu dekad selepas bergelut dengan kecederaan dan prestasi – belum melangkah ke separuh akhir manamana kejohanan Grand Slam sejak naib juara di Terbuka Amerika (AS) pada 2016.

Beliau juga pernah tewas kepada pemain lebih rendah ranking berbanding Cecchinato sebanyak dua kali pada kejohanan Grand Slam – kepada Marat Safin di Wimbledon pada 2008 ketika pemain Rusia itu berada pada ranking ke-78 dunia dan Denis Istomin, ranking ke- 117 dunia di Terbuka Australia tahun lepas.

Thiem melangkah ke peringkat separuh akhir di sini untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mudah menewaskan Alexander Zverev 6-4, 6-2 dan 6-1.

Zverev, pemain pilihan kedua kejohanan dari Jerman, bagaimanap­un kelebihan sangat letih dan hampir menarik diri dari perlawanan. Beliau bertarung lima set pada tiga perlawanan sebelum ini dan ia jelas memberi kesan kepada beliau pada perlawanan menentang Thiem. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia