Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelian utama pertama musim panas ini selain dapatkan khidmat Dalot dalam usaha Mourinho mencari formula tumbangkan City

-

LONDON, England: Manchester United mengumumka­n sudah mencapai satu persetujua­n untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa Brazil, Fred, dari kelab Shakhtar Donestk Selasa lepas, dengan pengurus United, Jose Mourinho mencari formula untuk menumbangk­an juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Pemain berusia 25 tahun itu akan bernilai sekitar lebih dari 50 juta pound dan memberikan Mourinho barisan tengah yang hebat di mana beliau akan bermain bersama-sama Paul Pogba dan Nemanja Matic di bahagian tengah.

United mengumumka­n persetujua­n perjanjian dalam kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi yang bertulis: “Manchester United dengan sukacita mengumumka­n bahawa ia sudah mencapai persetujua­n dengan Shakhtar Donetsk untuk perpindaha­n Frederico Rodrigues de Paula Santos (Fred).

“Pengumuman lanjut akan dibuat nanti.”

Fred menjadi pembelian utama pertama oleh Mourinho pada musim panas ini selain turut dilaporkan menghampir­i pembelian pemain pertahanan Porto, Diogo Dalot.

United menamatkan musim di tangga kedua liga tetapi jauh ketinggala­n 19 mata di belakang kelab jirannya, City.

Walaupun ia kedudukan liga paling tinggi sejak Alex Ferguson bersara sebagai pengurus, Mourinho dikritik teruk kerana mengambil pendekatan bermain secara berhati-hati pada perlawanan penting ketika United sering kelihatan kurang menyengat berbanding gaya permainan City yang gemar menyerang.

Manchester United dengan sukacita mengumumka­n bahawa ia sudah mencapai persetujua­n dengan Shakhtar Donetsk untuk perpindaha­n Frederico Rodrigues de Paula Santos (Fred). Kenyataan laman sesawang rasmi kelab

Dan menewaskan City untuk mendapatka­n Fred, yang juga menjadi buruan City pada bulan Januari lepas, mungkin terbukti satu langkah pertama yang penting untuk menumbangk­an kelab jirannya itu.

Fred mencuri perhatian ketika Shakhtar melangkah ke pusingan kedua Liga JuaraJuara, di mana kelab dari Ukraine itu tewas kepada peraturan gol di tempat lawan kepada AS Roma.

Satu tendangan percuma cantik pada perlawanan pertama menunjukka­n bakat yang ada dari pemain itu.

Bagaimanap­un, beliau lebih kepada perancang utama ber- banding penjaring gol kerana beliau hanya menjaringk­an 15 gol dari lima tahun di Shakhtar.

United memerlukan tambahan di bahagian tengah dengan Michael Carrick sudah bersara dan Marouane Fellaini akan tamat kontrak.

Tugas Mourinho sekarang ialah memperbaik­i keupayaan hantaran Fred selain juga menghasilk­an yang terbaik dari Pogba pada musim ketiga beliau sejak perpindaha­n bernilai 89 juta pound dari Juventus.

Fred berharap untuk mempunyai impak yang sama dalam Liga Perdana seperti rakan senegarany­a, Willian di Chelsea dan Fernandinh­o di City.

Penyokong United dijangka tidak akan melihat banyak kelibat Fred di Piala Dunia kerana beliau masih belum membuat penampilan sulung di bawah kendalian Tite.

Diberikan penampilan sulung oleh bekas jurulatih Dunga, pada 2014, karier antarabang­sa Fred terganggu oleh ujian positif bahan larangan semasa Copa Amerika 2015.

Beliau digantung dari bola sepak antarabang­sa selama setahun oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, tetapi hanya digantung empat bulan bermain untuk Shakhtar kerana badan induk bola sepak dunia, FIFA, tidak melanjutka­n penggantun­gan untuk semua persekutua­n sehingga Februari 2016.

Fred ada kembali ke pasukan kebangsaan ketika kemenangan 3-0 ke atas Rusia pada bulan Mac dan Tite mahu melihat perpindaha­n Fred dilakukan sebelum Piala Dunia 2018 di Rusia bermula pada 14 Jun. — AFP

 ?? —Gambar Reuters ?? SANTAI: Fred (kiri) bersama Neymar dan rakan sepasukan tiba untuk menghadiri sesi latihan skuad Brazil di Pusat Latihan Enfield, Tottenham Hotspur pada Selasa lepas.
—Gambar Reuters SANTAI: Fred (kiri) bersama Neymar dan rakan sepasukan tiba untuk menghadiri sesi latihan skuad Brazil di Pusat Latihan Enfield, Tottenham Hotspur pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia