Utusan Borneo (Sarawak)

Stephens optimis hubunganny­a dengan Keys akan kekal ‘normal’

-

PARIS, Perancis: Juara Terbuka Amerika (AS), Sloane Stephens, berkata Selasa lepas di mana perhubunga­n beliau dengan rakan baiknya, Madison Keys akan kekal “normal” menjelang pertemuan separuh akhir dua pemain dari AS itu di Terbuka Perancis – mirip ulangan final di Terbuka AS tahun lepas.

Stephens, pemain pilihan ke-10 kejohanan, mempamerka­n aksi memberangs­angkan untuk menewaskan Daria Kasatkina dari Rusia – yang menyingkir­kan pemain ranking kedua dunia, Caroline Wozniacki sebelum itu - 6-3 dan 6-1 pada perlawanan suku akhir.

Pada perlawanan awal, Keys, pilihan ke-13, melangkah ke separuh akhir kejohanan buat kali pertama selepas menewaskan Yulia Putintseva dari Kazakhstan 7- 6( 7/ 5) dan 6-4.

Stephens meneaskan Keys 6-3 dan 6-0 untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertama beliau di Terbuka AS tahun lepas.

“Apabila kami masuk ke dalam gelanggang, ia adalah masa untuk bersaing. Tetapi sebelum itu, kami tidak akan berasa pelik sesama kami atau menjadikan situasi pelik,” kata Stephens, yang hampir tersingkir di pusingan ketiga sebelum bangkit menewaskan Camila Giorgi 8- 6 pada set penentuan.

“Sekarang saya harus mencari beliau kerana saya perlu memberitah­unya sesuatu yang menarik. Saya akan pergi mencarinya di bilik latihan.

“Ya, saya fikir semuanya normal. Dan kemudian apabila kami memasuki gelanggang, ia adalah masa untuk bersaing. Sebelum ia berlaku, kami adalah gadis yang sama.”

Ia adalah kali pertama dua pemain wanita AS melangkah ke separuh akhir di sinis sejak 2002, apabila Serena Williams menewaskan kakaknya, Venus di final, selepas kemenangan di separuh akhir ke atas seorang lagi pemain AS, Jennifer Capriati.

Stephens, yang berada pada ranking ke-957, enam minggu sebelum memenangi kejuaraan Grand Slam sulung ekoran beberapa masalah kecederaan, sekarang melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Grand Slam buat kali ketiga.

“Mempunyai dua pemain AS di separuh akhir Terbuka Perancis, saya fikir ia sangat menarik,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Ia bermakna seorang pemain AS akan ke final, dan ia satu lagi perkara hebat. Secara keseluruha­nnya, saya tidak fikir ada orang akan merungut.”

Keys melakukan 30 pukulan kemenangan walaupun bermain agak hambar untuk menamatkan cabaran Putintseva.

Beliau perlu meningkatk­an permainann­ya apabila menentang Stephens.

Pemain berusia 23 tahun itu bergelut sembilan bulan yang lalu selepas melangkah ke final Terbuka AS tetapi beliau berasa yakin semua itu akan dilupakan di sini.

“Secara jujurnya, Terbuka AS seperti 12 tahun yang lalu, saya sukar mencari rentak,” kata Keys, yang masih belum tewas satu set di sini.

Pada perlawanan suku akhir yang lain, Maria Sharapova dari Rusia akan menentang Garbine Muguruza dari Sepanyol dan Simona Halep dari Romania menentang Angelique Kerber. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia