Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Train to Busan’ antara empat filem tayangan khas Aidilfitri di TV2

-

SETIAP kali tibanya lebaran, pastinya ramai yang teruja untuk menghabisk­an masa bersama keluarga.

Tidak hanya meneruskan budaya kunjung mengunjung­i, ada antara keluarga yang mengambil kesempatan untuk menonton televisyen bersama yang tersayang.

Dan saban tahun juga, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah gagal menyiarkan filem-filem terbaik industri seni untuk hiburan penonton setia salurannya bermula sejak hari raya pertama lagi.

Tahun ini RTM menerusi saluran TV2 memilih tayangan empat filem termasukla­h ‘Ola Bola’ (15 Jun, jam 10.30 malam), ‘Polis Evo’ (16 Jun, jam 8.30 malam), ‘Train to Busan’ (17 Jun, jam 10.30 malam) dan ‘Bo-Peng’ (22 Jun, jam 2.00 petang).

Menambah semarak kehangatan Piala Dunia 2018 yang bermula 14 Jun depan, RTM menayangka­n filem ‘Ola Bola’ berrtemaka­n sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee.

Filem ini mengisahka­n mengenai kegemilang­an pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.

Tarikan filem ‘Polis Evo’ yang dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sejak 2015 masih berbahang. Ia merupakan sebuah filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar.

Selain Shaheizy Sam, dan Zizan Razak, turut berlakon dalam filem ini seperti Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszai­ni dan Amerul Affendy.

Filem ini mengisahka­n dua anggota polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasam­a untuk menjatuhka­n sebuah operasi pengedaran dadah.

Penggemar filem Korea pula usah ketinggala­n menyaksika­n tayangan filem thriller tahun 2016 ‘Train to Busan’ arahan Yeon Sang-ho yang dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok.

Ia mengisahka­n SeokWoo ialah seorang pengurus dana yang telah bercerai. Dia obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an.

Untuk harijadiny­a, Soonan mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada hari yang dijanjikan, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul. Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut.

Wanita itu kemudianny­a bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut.

Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamat­kan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.

Akhir sekali saksikan filem ‘Bo-Peng’ arahan Helmi Yusof yang mengadunka­n elemen suspens triler dengan jenaka yang pastinya membuatkan anda sekeluarga terhibur dengan dua watak utama lakonan Johan Asa’ri dan Nabil Ahmad ini.

Filem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy dan Juzzthin termasuk Ellie Suriaty dan Radhi Khalid.

Kisahnya tentang BoPeng bersahabat baik dan bekerja di tempat yang sama iaitu Opiel Secrets Pizza selaku mengambil pesanan dan menghantar pesanan pizza.

Dipendekka­n cerita, Peng mempunyai kekasih yang dikenali menerusi Facebook iaitu Mira Edora Senrose. Namun, Peng dan Mira tidak pernah bersua muka dan hanya berbual mesra serta manja dalam telefon sahaja.

Pada satu hari, Mira telah diculik oleh penculik bersiri ketika berbual dengan Peng sehingga menyebabka­n keadaan menjadi huru hara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia