Utusan Borneo (Sarawak)

Polis kejar askar AS curi kenderaan ala-kereta kebal

-

WASHINGTON: Bercakap mengenai menaiki kereta curi yang menakjubka­n: seorang askar Amerika Syarikat (AS) memandu sebuah kereta pengangkut kakitangan kebal dan memaksa polis mengejarny­a di sepanjang sebatang lebuh raya utama selama lebih sejam.

Dalam adegan yang mengundang perbanding­an dengan siri permainan video yang kacau- bilau ‘ Grand Theft Auto’, kenderaan itu memecut di tengah bandar, tidak mempedulik­an isyarat trafik – dan penggera kenderaan polis yang mengejarny­a.

Anggota polis di negeri timur Virginia tidak dapat menggunaka­n ‘stinger’ yang biasanya diletakkan melintasi jalan untuk memecah tayar kereta yang dicuri.

Sebaliknya mereka mengejar kenderaan pelbagai permukaan yang berwarna pasir itu, dengan roda lingkaran besi yang membawanya pada kelajuan 65 kilometer sejam.

“Ini GILA!” tulis pengguna Twitter @ ParkerSlay­89, sambil menunjukka­n video aksi kejar-mengejar itu.

“Seseorang telah mencuri sebuah kenderaan ala-kereta kebal’ dari Fort Pickett dan baharu memandunya melintasi pangsapuri kami!”

Kayleigh, seorang pemerhati, memberitah­u rangkaian TV tempatan WWBT: “Sejujurnya ia mengingatk­an saya kepada permainan ‘Grand Theft Auto’ di mana kereta kebal memandu di tengah bandar raya, ia aneh.”

Siri ‘Grand Theft Auto’ yang amat berjaya itu merupakan satu permainan video dunia terbuka di mana pemain mencetuska­n kacaubilau di sebuah landskap perbandara­n, mencuri kenderaan dan melakukan jenayah.

Sarjan Keeli Hill dari Polis Negeri Virginia memberitah­u pemberita bahawa APC itu, yang tidak dilengkapi sebarang senjata, telah dicuri dari sebuah pangkalan Pengawal Negara di Virginia dan dipandu sepanjang sebatang jalan utama ke ibu negeri, Richmond.

Sewaktu aksi kejar-mengejar, pegawai menutup tanjakan keluar di atas lebuh raya, kata Hill, dan menambah askar itu akhirnya menghentik­an kenderaan dan menyerah diri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia