Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 200 hilang, 75 disahkan korban letusan Fuego

-

ALOTENANGO: Hampir 200 orang hilang dan sekurang- kurangnya 75 terkorban sejak gunung berapi Fuego di Guatemala mula meletus pada hujung minggu lepas, kata pegawai kelmarin.

Tujuh komuniti dalam kawasan yang sudah musnah dipindahka­n apabila aktiviti gunung tersebut meningkat, dan operasi menyelamat dihentikan.

Di bandar Escuintla, dekat puncak gunung, penduduk tempatan yang panik bergegas ke kereta mereka untuk menyelamat­kan diri, menyebabka­n trafik yang huru-hara.

Seorang jurugambar AFP menyaksika­n awan abu besar naik ke udara, yang mendorong evakuasi bagi semua orang yang pihak berkuasa dapat temui sebelum polis, tentera dan penyelamat diarah menghentik­an kerja.

Seramai 192 orang masih hilang sejak letusan pada hujung minggu lepas, kata ketua agensi bantuan bencana Sergio Cabanas kepada pemberita.

Usaha mencari mayat di kampung pergununga­n yang dimusnahka­n oleh letusan itu sedang berjalan dengan perlahan, kata pegawai sebelum itu, disebabkan oleh ciri permukaan bumi dan cara gunung berapi itu mengeluark­an jumlah besar lumpur menggelega­k, batu dan abu yang mengalir di lereng gunung.

“Kita akan terus berusaha sehingga kita menemui mangsa terakhir, tetapi kita tidak tahu berapa ramai mereka. Kita akan memeriksa kawasan kejadian sebanyak mungkin yang perlu,” kata Cabanas kepada AFP.

Bagaimanap­un, prospek menemui mangsa lain yang selamat adalah buruk, katanya.

“Jika anda terperangk­ap dalam aliran piroklasti­k, ia sukar untuk keluar daripadany­a dalam keadaan masih hidup,” katanya dan menambah orang yang mungkin terperangk­ap dalam aliran itu mungkin tidak akan dijumpai lagi.

Antara kejadian terbaharu di antara 75 kematian yang dilaporkan oleh Institut Sains Forensik Kebangsaan adalah seorang wanita berusia 42 tahun yang meninggal dunia di hospital selepas dia kehilangan kedua-dua belah kaki dan sebelah tangan dalam letusan yang berlaku.

Bilangan kematian sebe- lum ini diberikan sebagai 73. Kira-kira 46 orang cedera, kira-kira separuh daripadany­a dalam keadaan serius, kata pegawai.

Gunung berapi setinggi 3,763 meter itu meletus awal Ahad lepas, dan memuntahka­n asap abu yang tinggi dan serpihan batu berapi dengan lumpur panas.

Pihak berkuasa berkata lebih 1.7 juta orang terjejas disebabkan oleh bencana itu, termasuk lebih 3,000 yang diarah dipindahka­n, kebanyakan­nya tinggal di pusat perlindung­an di Escuintla, Sacatepequ­ez dan Chimaltena­ngo sejak letusan Ahad lepas.

Kelajuan letusan mengejutka­n penduduk tempatan, dan boleh dijelaskan kerana ia menghasilk­an aliran piroklasti­k, iaitu pengeluara­n gas dan serpihan batu yang mendadak, dan bukan lahar, kata pakar gunung berapi David Rothery dari Universiti Terbuka di Britain.

Presiden Jimmy Morales, yang telah mengumumka­n tempoh berkabung selama tiga hari, telah melawat zon bencana.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Antonio Guterres berkata beliau amat sedih dengan “kehilangan nyawa yang tragis dan kerosakan signifikan yang disebabkan oleh letusan” dan PBB bersedia untuk membantu dalam usaha menyelamat dan bantuan negara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT DITERUSKAN: Penyelamat menggeleda­h rumah ditutupi abu untuk mencari mangsa terselamat selepas gunung berapi Fuego meletus di kampung San Miguel Los Lotes, di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT DITERUSKAN: Penyelamat menggeleda­h rumah ditutupi abu untuk mencari mangsa terselamat selepas gunung berapi Fuego meletus di kampung San Miguel Los Lotes, di bahagian Escuintla, kira-kira 35 kilometer barat daya Guatemala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia