Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tragedi manusia’ di Nicaragua ragut 121 jiwa: CENIDH

- A5 Muka

MANAGUA: Sekurangku­rangnya 121 orang maut dalam siri tunjuk perasaan sejak 18 April lalu untuk membantah kerajaan Presiden Daniel Ortega, kata kumpulan hak asasi manusia utama di Nicaragua kelmarin, yang menganggap­nya sebagai “tragedi manusia”.

Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH) berkata 1,300 orang lagi telah cedera dalam protes tersebut, yang telah menjadi mangsa tindakan yang ganas oleh kerajaan.

“Ini sekarang adalah satu pembunuhan beramai-ramai, satu tragedi manusia di mana matlamat adalah untuk menghapusk­an semua orang muda itu yang mempunyai fikiran yang lain atau mengkritik kerajaan,” kata setiausaha eksekutif kumpulan itu, Marlin Sierra, kepada AFP.

“Ia sama seperti terorisme kerajaan.”

Bilangan terbaharu termasuk seorang budak lelaki yang maut selepas terkena tembakan sewaktu rusuhan kelmarin di bandar raya peranginan Granada antara penunjuk perasaan antikeraja­an dengan polis rusuhan, kata kumpulan itu.

Seorang paderi paroki, Father Wilmer Perez, terdahulu memberitah­u saluran berita 100% bahawa budak itu terbunuh dalam konfrontas­i di antara penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan yang cuba membuka perintang di bandar raya tersebut, 45 kilometer ke selatan ibu negara Managua.

Dewan perbandara­n dan pejabat tempatan parti pemerintah Sandinista di Granada telah dibakar oleh penunjuk perasaan, dan beberapa kedai peralatan elektrik dijarah dan dibakar, kata seorang ahli perniagaan tempatan yang enggan dikenali kepada AFP.

Dia berkata polis tidak muncul di mana-mana tempat tersebut.

Sepuluh orang turut terbunuh dalam rusuhan pada hujung minggu lepas di bandar tumpuan utama, Masaya, dekat Managua, kata CENIDH.

Penduduk Masaya bersenjata­kan bom mortar buatan sendiri dan lastik bersemuka dalam pertelingk­ahan dengan golongan yang mereka sebut sebagai polis rusuhan dan kumpulan pengawal sukarela yang setia kepada Ortega, yang sudah mendominas­i politik di negara Amerika Tengah itu selama empat dekad.

Dalam perkembang­an lain kelmarin, Pertubuhan Negara-negara Amerika, yang mengadakan perhimpuna­n agungnya di Washington, mengeluark­an kecaman ter- hadap keganasan yang berlaku dan merayu kepada kerajaan Nicaragua dan pihak lain untuk “menunjukka­n komitmen dan membabitka­n diri secara membina dalam rundingan yang aman”.

Bandar raya berkenaan bersiap sedia untuk rusuhan baharu kelmarin, selepas serangan berlaku selama beberapa malam yang menurut penduduk dimulakan oleh polis rusuhan.

“Semalam kami mengebumik­an seorang individu, sehari sebelum itu kami mengebumik­an seorang lagi. Seorang adalah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun. Dia merayu untuk nyawanya. Dia memberitah­u anggota polis wanita berkenaan, ‘Jangan bunuh saya, jangan bunuh saya’. Tetapi bam, bam, dia menembakny­a,” kata Ramona Garcia, 83.

“Kami sudah meluat dan bosan dengan perkara ini. Kami mahu anak bangsat Ortega itu meletak jawatan. Rakyat mahu dia meletak jawatan, seluruh Nicaragua mahu dia meletak jawatan,” katanya kepada AFP, yang bercakap di sebelah salah sebuah perintang yang banyak didirikan oleh penduduk di jalan-jalan.

Dibina dengan batu bundar, perabot, kepingan besi dan apa sahaja yang ada dalam tangan, perintang itu bertujuan untuk menghalang geng pro-Ortega, yang dituduh oleh penduduk menyamun bandar yang mempunyai 100,000 penduduk itu.

Kerajaan menyalahka­n penjenayah bagi penjarahan yang berlaku, dan berkata ia menghantar polis rusuhan ke sana atas permintaan pemilik perniagaan kecil.

Di Managua, perintah berkurung dikuatkuas­akan selepas senja, dan geng motosikal menakutkan orang yang keluar, menurut CENIDH.

Ortega pula menyalahka­n kumpulan pembangkan­g sayap kanan bagi keganasan itu yang menurutnya berkonspir­asi untuk “menakut-nakutkan” negara. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BANTAHAN BERTERUSAN: Penunjuk perasaan antikeraja­an pimpinan Ortega melepaskan tembakan daripada bom mortar buatan sendiri di sekatan jalan di bandar Masaya, 35 kilometer dari Managua, Guatemala kelmarin.
— Gambar AFP BANTAHAN BERTERUSAN: Penunjuk perasaan antikeraja­an pimpinan Ortega melepaskan tembakan daripada bom mortar buatan sendiri di sekatan jalan di bandar Masaya, 35 kilometer dari Managua, Guatemala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia