Utusan Borneo (Sarawak)

Lahar Kilauea musnah ratusan rumah di Hawaii

Jumlah itu tambahan kepada 117 yang musnah sejak letusan 3 Mei paksa 2,500 penduduk berpindah

-

LOS ANGELES: Ratusan rumah di tepi lautan telah dimusnahka­n oleh aliran lahar dari gunung berapi Kilauea di Hawaii, kata pegawai kelmarin.

“Kita kehilangan ratusan buah rumah di Kapoho Beach Lots dan Vacationla­nd semalam, tetapi kita tidak ada perangkaan yang sebenar,” kata Janet Snyder, seorang jurucakap bagi Hawaii County, kepada AFP.

Dia berkata rumah yang hilang itu adalah tambahan kepada 117 rumah lain yang musnah sejak gunung berapi tersebut mula meletus pada 3 Mei lalu, yang memaksa pemindahan 2,500 orang.

Dua lagi komuniti terbaharu yang terjejas akibat aliran lahar telah diarahkan untuk dikosongka­n terlebih dahulu dan tiada laporan segera diterima mengenai sebarang kematian.

Salah sebuah rumah yang hilang adalah milik Datuk Bandar Hawaii County, Harry Kim, kata Snyder.

“Rumah keduanya dimusnahka­n oleh lahar,” katanya.

Balai Pencerap Gunung Berapi Hawaii berkata satu penerbanga­n di kawasan kejadian pada awal kelmarin mengesahka­n lahar sudah memenuhi Kapoho Bay sepenuhnya, menenggela­mi kebanyakan tempat di Vacationla­nd dan sudah meliputi seluruh tempat kecuali bahagian utara Kapoho Beach Lots.

Ia berkata siri gempa bumi telah menggegark­an pulau itu kebanyakan waktu pada malam Isnin hingga pagi kelmarin, termasuk satu dengan magnitud 5.5 yang menyebabka­n asap abu.

Lahar telah menyelubun­gi sebuah kawasan kira-kira seluas 20 kilometer persegi sejak gunung berapi itu – sebuah daripada lima di Big Island, Hawaii – mula meletus.

Saintis percaya aktiviti gunung berapi mungkin petanda bagi letusan yang besar, sama seperti letusan Kilauea pada pertengaha­n zaman 1920-an. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Rumah terbakar di Kapoho Beach Lots akibat aliran lahar dari gunung berapi Kilauea di Hawaii kelmarin.
— Gambar Reuters TERBAKAR: Rumah terbakar di Kapoho Beach Lots akibat aliran lahar dari gunung berapi Kilauea di Hawaii kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia