Utusan Borneo (Sarawak)

Rapat raksasa protes draf undang-undang cukai

Raja Jordan tuntut semakan semula tatkala kesatuan sekerja berikrar lancar mogok umum

-

AMMAN: Raja Abdullah II di Jordan menuntut semakan semula ke atas draf undang-undang cukai yang kontrovers­i kelmarin manakala penunjuk perasaan antiberjim­at-cermat melancarka­n satu lagi demonstras­i di Amman dan kesatuan sekerja berjanji untuk mengadakan mogok umum lewat semalam.

Selama hampir seminggu, ibu negara dan bandar lain telah menyaksika­n rapat umum oleh rakyat yang marah dengan pembaharua­n yang disokong oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang telah membawa kepada kenaikan harga berulang kali.

Perdana Menteri Hani Mulki meletak jawatan Isnin lepas dalam usaha untuk meredakan keadaan tetapi peletakann­ya – dan seruan Raja Abdullah untuk meneliti semula undang-undang terbabit – seakan-akan tidak dapat meredakan kemarahan rakyat.

Pada petang kelmarin, penunjuk perasaan mengadakan satu lagi perhimpuna­n raksasa di Amman selepas mereka berbuka puasa sempena Ramadan, bertolakto­lak dengan polis dan mengibarka­n bendera Jordan.

Kesatuan sekerja berkata semakan semula undangunda­ng adalah satu langkah “positif” namun demikian tetap mengumumka­n mogok umum semalam.

Ramai penunjuk perasaan berkata mereka mahu lebih daripada sekadar peletakan Mulki.

“Kami mahu orang baharu yang benar-benar mahu membawa masuk pembaharua­n, kami tidak kamu ahli politik dari lingkaran sama yang hanya mahu menyelesai­kan masalah IMF dengan mencuri wang dari saku rakyat,” kata seorang penunjuk perasaan lelaki yang enggan dikenali kepada AFP.

Seorang lagi, yang memperkena­lkan diri sebagai Khalil, berkata sistem politik di Jordan, yang memberi kuasa eksekutif yang luas kepada monarki, seharusnya menjadi lebih demokratik dan bertanggun­gjawab.

“Kita mesti memilih kerajaan, supaya apabila kesilapan dibuat, mereka akan bertanggun­gjawab kepada rakyat yang memilih mereka,” katanya.

Dalam sepucuk surat yang memberi kuasa kepada perdana menteri baharu Omar al-Razzaz untuk memben- tuk kerajaan, Raja Abdullah II berkata ia “mesti menjalanka­n semakan semula yang komprehens­if ke atas sistem percukaian” untuk mengelak “cukai tidak adil yang tidak mencapai keadilan dan keseimbang­an di antara pendapatan golongan kaya dengan golongan kaya”.

Lewat Isnin lepas, baginda memberi amaran bahawa Jordan “berada di persimpang­an”, dan mengaitkan masalah ekonomi dengan keadaan serantau yang tidak stabil, beban menanggung ratusan ribu pelarian dari Syria dan kekurangan sokongan antarabang­sa.

Penunjuk perasaan pada malam Isnin lepas melaung “kami mahukan hak dan kewajipan, bukan tip dan sedekah!” dan “jatuhkan IMF!” ketika mereka berhimpun di bawah kawalan polis yang ketat.

Pada bulan lepas, kerajaan mencadangk­an undang-undang cukai pendapatan baharu, yang belum diluluskan oleh parlimen, bertujuan untuk menaikkan cukai ke atas pekerja sekurang-kurangnya sebanyak lima peratus dan ke atas syarikat di antara 20 hingga 40 peratus.

Ia merupakan langkah terbaharu dalam siri langkah berjimat-cermat sejak Amman menerima pinjaman sebanyak AS$723 juta (RM2.82 bilion) dari IMF pada 2016.

Sejak Januari lalu, Jordan yang kekurangan sumber dan mengalami kadar kemiskinan dan penganggur­an yang tinggi, telah menyaksika­n kenaikan harga berulang kali termasuk untuk makanan ruji seperti roti, selain cukai tambahan ke atas barangan asas.

Harga minyak sudah naik sebanyak lima kali sejak awal tahun, manakala bil elektrik telah meningkat sebanyak 55 peratus sejak Februari.

Langkah itu telah mencetuska­n beberapa protes ekonomi terbesar dalam tempoh lima tahun.

Selepas mesyuarat selama dua jam pada petang kelmarin, ketua majlis kesatuan sekerja Ali al-Abous menyeru kepada perdana menteri baharu Jordan untuk “membuka dialog membina” de- ngan kesatuan dan kumpulan masyarakat madani “untuk keluar daripada kebuntuan ini yang telah disebabkan oleh draf undang-undang cukai pendapatan”.

Ketua Persatuan Peguam Jordan, Mazen Arshidat, berkata kesatuan sekerja “berazam untuk menarik balik” rang undang-undang pembaharua­n cukai.

Jordan, sekutu penting Amerika Syarikat, amnya berjaya mengelak pergolakan seperti yang disaksikan oleh negara lain di rantau itu sejak pemberonta­kan ‘Arab Spring’ meletus pada 2011, tetapi protes berlaku pada hujung tahun tersebut setelah kerajaan mengurangk­an subsidi bahan bakar.

Protes terbaharu bermula pada minggu lepas apabila kesatuan sekerja mengumumka­n demonstras­i di seluruh negara.

Mereka telah menggegark­an beberapa bandar lain, termasuk Irbid dan Jarash di utara negara, Zarqa di timur, dan kota selatan Mann, yang pernah menyaksika­n rusuhan berdarah pada zaman 1980-an berhubung kenaikan harga makanan.

“Ketika protes bermula, ia bukan hanya diarahkan kepada Mulki sebagai seorang individu, ia menentang draf undang-undang cukai pendapatan dan kenaikan harga,” kata Bushra Abu Jabbara, seorang pakar farmasi berusia 34 tahun.

“Kami mahu kerajaan memenuhi tuntutan kami dan menarik balik rang undangunda­ng itu, yang belum lagi dilaksanak­an.”

Kebanyakan timbalan – 78 daripada 130 – telah menyatakan mereka akan mengundi untuk menentang draf undang-undang itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAMI BANTAH!: Penunjuk perasaan menjulang poster ketika membantah draf undang-undang cukai yang kontrovers­i dalam perhimpuna­n raksasa berhampira­n pejabat perdana menteri di Amman, Jordan semalam.
— Gambar AFP KAMI BANTAH!: Penunjuk perasaan menjulang poster ketika membantah draf undang-undang cukai yang kontrovers­i dalam perhimpuna­n raksasa berhampira­n pejabat perdana menteri di Amman, Jordan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia