Utusan Borneo (Sarawak)

‘Spiderman Perancis’ ditangkap selepas mendaki lebih separuh menara di Seoul

-

SEOUL: Pendaki bebas perbandara­n dari Perancis, Alain Robert, cuba mendaki bangunan kelima tertinggi di dunia semalam, naik lebih separuh bangunan Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat di Seoul sebelum pasukan keselamata­n memaksanya untuk menamatkan pendakian.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang digelar ‘Spiderman Perancis’, mendaki bangunan tersebut menggunaka­n tangan dan tanpa tali manakala kakitangan mengejarya dari dalam bangunan.

“Saya mendaki kira-kira 75 tingkat dan kemudian selepas itu, ia sedikit seperti kucing dan tikus,” kata Robert kepada AFP. “Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menyerah diri.”

Dia dibawa ke bumbung dengan buaian penyelengg­araan dan ditangkap.

Sementara dia menunggu untuk diproses oleh polis, dia memberitah­u AFP pendakiann­ya adalah untuk meraikan usaha damai baru-baru ini antara kedua- dua negara Korea dan dia berharap pihak berkuasa akan mengambil kira perkara itu.

“Saya mungkin akan dikenakan denda yang tinggi, tetapi saya melakukann­ya kerana apa yang berlaku sekarang antara Korea Selatan dan Korea Utara,” kata Robert.

“Itulah cara saya menyatakan terima kasih kepada Kim Jong Un dan Moon Jae-in.”

Sejak dua bulan lepas, pemimpin Korea Utara yang memiliki senjata nuklear sudah dua kali berjumpa dengan presiden Korea Selatan, kedua- dua lelaki berbalas senyuman dan pelukan selepas ketegangan meruncing selama bertahun-tahun.

Robert sudah mendaki lebih 100 struktur tanpa menggunaka­n tali atau alat keselamata­n lain, dan mencipta rekod bagi “paling banyak bangunan didaki tanpa bantuan” menurut Rekod Dunia Guinness.

Kejayaanny­a termasuk kebanyakan bangunan ikonik dan pencakar langit tertinggi di dunia, seperti Eiffel Tower, Sydney Opera House, Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur dan Burj Khalifa di Dubai – di mana dia menggunaka­n alat penyedut dan tali keselamata­n kerana ia tidak ada tempat berpegang atau meletakkan kaki.

Beberapa trak bomba dan polis dihantar ke bangunan di Seoul itu selepas pengawal keselamata­n ternampak pendaki dari Perancis itu.

“Ia dikesali,” kata You Insik, seorang jurucakap bagi Menara Dunia Lotte.

“Dia mendaki tanpa kebenaran. Ia berbahaya.”

Robert mengalami beberapa kejatuhan yang teruk ketika mendaki dan menganggar­kan kemalangan yang dialaminya telah menyebabka­nnya kekurangan upaya sebanyak 66 peratus.

Dia telah ditangkap banyak kali kerana perkara nekad yang dia lakukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia