Utusan Borneo (Sarawak)

VistaJet sedia bilik mainan kanakkanak pertama dalam pesawat

-

KUALA LUMPUR: VistaJet Ltd melancarka­n program pengembara paling meluas yang direka khas untuk kanakkanak, dikenali sebagai ‘Adventures in the Sky’.

Dicipta untuk penumpang berumur antara satu hingga 16 tahun, Adventures in the Sky, menjadikan ruang kabin VistaJet kepada bilik permainan dan tempat mengadakan parti.

VistaJet, syarikat penerbanga­n perniagaan global pertama dan satu- satunya yang mengambil langkah itu untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk setiap penumpang.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan kelmarin berkata program tersebut terdiri daripada hiburan interaktif, aktiviti pendidikan dan parti yang disesuaika­n, di udara un- tuk mewujudkan perjalanan impian pengembara muda.

Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dengan bukubuku ilustrasi bercerita serta hamper aktiviti keluarga, dan dilayan oleh petugas terlatih melayani kanak-kanak, menawarkan menu khas dan pelbagai pengembara­an interaktif.

Siri parti bertema pula dicipta dengan kerjasama Sharky and George, syarikat acara kanak-kanak berpangkal­an di London. Setiap aktiviti dihoskan oleh pasukan pakar.

Perkhidmat­an kanak-kanak tambahan itu dikhususka­n untuk anggota Program VistaJet. Perkhidmat­an itu tersedia dari pelbagai lokasi global dalam pelbagai bahasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di www. vistajet. com/children. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia