Utusan Borneo (Sarawak)

RAM Rating kekalkan penarafan institusi kewangan HSBC Malaysia AAA/Stabil/P1

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) kelmarin mengekalka­n penarafan institusi kewangan HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) AAA/Stabil/P1 dan penarafan AA1/ Stable/ P1 untuk bon subordinat tahap-2 RM500 juta bank berkenaan.

Katanya, penarafan itu berterusan mencermink­an kekukuhan francais domestik HSBC Malaysia dan permodalan yang teguh serta pembiayaan dan profil kecairan yang unggul bank berkenaan.

“Penarafan ini juga menggabung­kan jangkaan kami terhadap sokongan luar biasa daripada syarikat induk HSBC Malaysia, HSBC Holdings Plc, berdasarka­n pandangan kami ia secara strategikn­ya penting kepada kumpulan berkenaan.

“Sebagai sebahagian kumpulan perbankan terbesar dunia, bank berkenaan mendapat faedah daripada hubungan global kumpulan berkenaan dan kepakaran teknikal dengan menguasai francais domestik dalam kedua-dua perbankan runcit dan korporat,” kata RAM Ratings dalam satu kenyataan kelmarin.

Ia juga menyatakan bahawa kekuatan HSBC Malaysia dalam deposit runcit dan ruang pengurusan tunai ditunjukka­n melalui perkadaran yang tinggi runcit dan deposit akaun semasa dan simpanan yang masing-masing membentuk 43 peratus dan 57 peratus, keseluruha­n deposit bank berkenaan sehingga penghujung Mac 2018, berbanding industri sebanyak 38 peratus dan 27 peratus.

Agensi penarafan itu juga mengesahka­n penarafan institusi kewangan HSBC Amanah Malaysia Bhd AAA/Stabil/P1 dan penarafan AAA/ Stabil untuk program sukuk pelbagai mata wang (2012/2032) sebanyak RM3 bilion.

Penarafan itu bersandark­an kepada peranan strategik HSBC Amanah sebagai sayap Islam HSBC Malaysia dan menjadi satu daripada dua hab global untuk rangkaian HSBC Holding Plc Amanah.

“Kami percaya, bank berkenaan akan berterusan menikmati sokongan daripada induknya. Berikutan sedikit penyusutan pada 2016, buku kewangan HSBC Amanah meningkat sebanyak 14 peratus pada tahun kewangan Dis 2017, yang dipacu oleh peningkata­n pembiayaan kepada syarikat korporat besar.

“Kualiti aset bank berkenaan kekal tertekan, dengan nisbah pembiayaan kasar terjejas meningkat kepada 2.8 peratus pada penghujung Disember 2017 (penghujung Disember 2016: 2.5 peratus) disebabkan kelemahan dalam pajakan kediaman dan portfolio kewangan persendiri­an,” tambah RAM Ratings. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia