Utusan Borneo (Sarawak)

Bioalpha jangka GST sifar tingkatkan jualan produk

-

KUALA LUMPUR: Bioalpha Holdings Bhd, pembuat makanan tambahan kesihatan, menjangkak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) berkadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, akan meningkatk­an lagi permintaan domestik terhadap produknya.

Pengarah Urusan, William Hon berkata pasaran domestik merupakan pemacu pertumbuha­n utama syarikat pada 2017, dengan bahagian pembuatan dan farmasi runcit merekodkan jualan lebih tinggi.

“Kami menjangkak­an aliran ini akan berterusan pada 2018, dengan disokong peningkata­n permintaan daripada pelanggan sedia ada dan baharu terhadap produk pembuatan asli,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Selain itu, Hon berkata, Bioalpha akan melancarka­n beberapa produk baharu di Malaysia, Indonesia dan China tahun ini untuk mendorong minat dan mengekalka­n kerancakan pasaran.

Mengenai rancangan pengembang­an, beliau berkata syarikat bersedia untuk memenuhi tempahan yang tinggi daripada pelanggan sedia ada dan baharu pada masa depan.

Aktiviti pembersiha­n ka- wasan dan penanaman sedang dijalankan di taman herba di Pasir Raja, Terengganu dan Desaru, Johor.

“Kami menjangkak­an dapat meraih 2,000 tan herba mentah segar dari kedua-dua taman itu menjelang 2020. Tahun ini, kami merancang untuk mula mendapatka­n hasil tanaman kelapa dengan 3,000 pokok telah ditanam di Taman Herba Desaru.

“Kami juga menambah tanaman yang mempunyai permintaan tinggi seperti durian Musang King di Taman Herba Pasir Raja,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia