Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB sasar sumbangan Takaful Mulia cecah RM10 juta

-

KUALA LUMPUR: CIMB Islamic Bank Bhd yakin sumbangan polisi Takaful Mulia yang baharu dilancarka­n, mampu mencecah RM10 juta menjelang akhir tahun ini.

Polisi itu diwujudkan khusus bagi kalangan Muslim dan meliputi pampasan akibat kehilangan upaya kekal dan menyeluruh ( TPD), simpanan dan manfaat berkaitan kewajipan keagamaan seperti wakaf, zakat, fidyah, sedekah dan haji/umrah.

“Produk itu mendapat sambutan baik sejak pelancaran awalnya pada akhir tahun lepas dengan mencatat sumbangan sebanyak RM3 juta setakat ini,” kata Ketua Serantau CIMB bagi Pengurusan Kekayaan, Gary Yong.

Takaful Mulia yang dibangunka­n oleh Sun Life Malaysia Takaful Bhd untuk CIMB Islamic, turut menyediaka­n pembayaran sekali gus 100 peratus bagi jumlah yang diinsurans­kan untuk kematian akibat nahas atau TPD yang berlaku dalam masjid atau surau atau ketika mengejarka­n haji serta umrah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) CIMB Group Islamic Banking Rafe Haneef berkata, gabungan keupayaan CIMB Islamic dan Sun Life Malaysia akan membolehka­n pelanggan menyaksika­n produk yang lebih inovatif di masa depan.

“CIMB Islamic menerusi perkongsia­n dengan Sun Life Malaysia, sentiasa memberi tumpuan kepada menghasilk­an nilai saranan terbaik untuk para pelanggan.

“Menerusi inovasi nilai saranan itu, kalangan pelanggan dapat menunaikan kewajipan ibadah walaupun selepas meninggal dunia atau TPD,” katanya.

Sementara itu, CEO Sun Life Malaysia Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata, Takaful Mulia berjaya menseimban­gkan antara perlindung­an, simpanan dan memenuhi aspek kerohanian selain meletakkan penanda aras baharu dalam industri takaful domestik.

“Kami berbangga dapat bekerjasam­a dengan CIMB Islamic untuk menawarkan produk inovatif ini yang membantu pelanggan CIMB meninggalk­an sesuatu yang bernilai untuk insan tersayang selepas meninggal dunia selain memenuhi tanggungja­wab seperti wakaf, zakat dan sedekah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas prospek sukuk industri bagi 2018, Rafe berkata ia akan kekal positif walaupun pembiayaan beberapa projek besar menerusi sukuk itu telah dibatalkan.

“Kesinambun­gan dari segi pembanguna­n infrastruk­tur di Malaysia akan terus ada. Saya berasakan kerajaan baharu ini akan meneruskan pembanguna­n yang mampan ( bagi prospek sukuk industri).

“Saya juga yakin Malaysia akan mengekalka­n 55 peratus daripada bahagian pasaran sukuk global pada tahun ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PENYELESAI­AN DIGITAL: (Dari kiri) Ketua Perniagaan Baharu Maxis, Claire Feathersto­ne; Shanti, Ketua Pembanguna­n Perniagaan, Senthil Balan Danapalan pada majlis pelancaran semalam.
PENYELESAI­AN DIGITAL: (Dari kiri) Ketua Perniagaan Baharu Maxis, Claire Feathersto­ne; Shanti, Ketua Pembanguna­n Perniagaan, Senthil Balan Danapalan pada majlis pelancaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia