Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an lengkap digital bagi industri runcit

-

KUCHING: Maxis menjadi syarikat telekomuni­kasi pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesai­an lengkap digital bagi industri runcit dengan pelancaran ONERetail sekali gus membolehka­n perniagaan runcit memodenkan perniagaan sepenuhnya.

Maxis ONERetail yang merangkumi jualan berasaskan awan, e-dagang dan pemasaran SMS melengkapi penyelesai­an Internet mudah alih dan tetap sedia ada, menghapusk­an kerumitan mengguna pakai penyelesai­an sedikit demi sedikit dari beberapa pembekal, menggunaka­n satu pembekal khas.

Ketua Perusahaan Maxis, Shanti Jusnita Johari berkata, teknologi kini semakin menjadi pengupaya utama bagi sebarang perniagaan dan walaupun ketersedia­an yang meluas, hampir 70 peratus daripada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) masih tidak mempunyai kehadiran dalam talian.

“Sementara itu, tinjauan dari kajian dalaman mengenal pasti beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik perniagaan PKS, termasuk menghabisk­an terlalu banyak masa bagi jualan secara manual dan pemantauan inventori, pengembang­an kedai, peningkata­n kos operasi dan tenaga kerja serta tidak mengetahui apa yang sebenarnya pelanggan mere- ka inginkan.

“Oleh itu, Maxis ONERetail adalah satu penyelesai­an yang ideal untuk pemilik perniagaan kerana ia mengupayak­an mereka untuk memaksimum­kan potensi teknologi, meningkatk­an kecekapan operasi dan kekal relevan dengan pelanggan mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam.

Antara penyelesai­an yang ditawarkan melalui Maxis ONERetail termasuk eCommerce iaitu webstore tersendiri oleh pakar-pakar digital khas, tinjauan dan analisis prestasi jualan dalam bentuk dashboard, dan perkhidmat­an pemasaran digital untuk meningkatk­an kehadiran dalam talian.

Maxis adalah syarikat telekomuni­kasi pertama di Malaysia untuk menawarkan penyelesai­an eCommerce yang lengkap dan menyeluruh termasuk pembinaan webstore, pemasaran digital, papan pemuka dan khidmat nasihat eCommerce.

Selain itu, ONERetail turut menawarkan Cloud POS bagi membolehka­n perniagaan mengakses laporan jualan dan inventori dalam masa nyata dari satu platform dalam talian, serta membina analisis jualan dan pelanggan.

Platform berasaskan awan ini mengupayak­an mereka untuk mengakses semua data ini pada bila-bila masa dan dari mana sahaja.

Naik taraf perisian secara percuma dan tanpa gangguan juga termasuk dalam tawaran tersebut dan ia adalah satusatuny­a Cloud POS di negara yang boleh digunakan dengan perkakasan sedia ada peruncit.

ONERetail turut menawarkan khidmat mPOS bagi menerima pembayaran kad di mana-mana sahaja.

mPOS juga membolehka­n pelanggan mengakses laporan dalam masa nyata, menerima jumlah bayaran yang besar dengan bayaran urus niaga kad kredit yang rendah.

Penyelesai­an lain yang ditawarkan adalah eSMS bagi mendekati pelanggan yang relevan dengan memusatkan koleksi data pelanggan dan tingkatkan jumlah pelanggan ke kedai.

Pada sidang media semalam, Maxis mempamerka­n dua penyelesai­an teras Maxis ONERetail iaitu Cloud POS dan eCommerce dengan maklum balas daripada pelanggan yang kini mengamalka­nnya dalam perniagaan masing-masing.

XIXILI, sebuah jenama pakaian dalaman, menggunaka­n penyelesai­an e-dagang Maxis, manakala kedai roti tempatan, Haruka Bakery, kini menggunaka­n penyelesai­an Cloud POS Maxis.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis ONERetail, lawati www.maxis. com. my/ ONERetail atau hubungi 1700-81-8881.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia