Utusan Borneo (Sarawak)

Bina Puri sasar GDV RM430j daripada projek Opus

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan hartanah dan pembinaan, Bina Puri Holdings Bhd, menjangka dapat mencapai nilai pembanguna­n kasar (GDV) bernilai RM430 juta bagi projek Opus @ Kuala Lumpur.

Projek pembanguna­n kondo mewah oleh anak syarikat milik penuhnya, Star Effort Sdn Bhd telah meningkat daripada GDV sebanyak RM360 juta sejak pelancaran­nya pada Jun 2015.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri Datuk Matthew Tee berkata beliau menjangka Opus siap sepenuhnya menjelang akhir 2018, tiga bulan lebih awal daripada jadual.

“Opus adalah antara beberapa projek di bandar raya yang mempunyai pemandanga­n meliputi semua mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur.

“Memandangk­an lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan menara mega Menara PNB 118, Opus bakal menarik permintaan untuk baki unit-unitnya,” kata Tee pada sidang akhbar di majlis menyempurn­akan ‘topping up’ projek Opus yang melibatkan penuangan konkrit terakhir untuk kerja struktur bangunanny­a, di sini kelmarin.

Sembilan puluh dua peratus jualan untuk 357 unit di dua menara 32 tingkat Opus itu terdiri daripada 15 peratus pembelian daripada pembeli Hong Kong, 15 peratus dari China dan baki 62 peratus adalah daripada pembeli tempatan.

“Kami sedang mengkaji kenaikan harga untuk baki 25 unit yang tinggal. Ini kerana Opus Residence adalah satusatuny­a projek yang terdekat dengan PNB 118,” katanya.

Tee berkata pembatalan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) dapat meningkatk­an sentimen dan merangsang pasaran hartanah tempatan.

“Pasaran hartanah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dijangka baik dan bersedia untuk lebih banyak kenaikan. Ia tidak mungkin menjadi buruk, kami berharap dengan pemansuhan GST, pasaran akan menjadi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata Bina Puri mempunyai portfolio sedia ada RM3 bilion GDV dan pelancaran tahun ini bakal melibatkan GDV bernilai RM500 juta.

Pembanguna­n hartanah di Cheras Utama membabitka­n GDV 350 juta bakal dilancar sekitar suku ketiga tahun ini, tambah beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT PROJEK: Tee (tiga kanan) bersama Pengarah Star Effort Sdn Bhd Ng Kee Leen (kanan) dan Pengarah Star Effort Sdn Bhd Dave Hoong (dua kanan) melihat kawasan di sekitar tapak projek selepas pelancaran Opus Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama MELAWAT PROJEK: Tee (tiga kanan) bersama Pengarah Star Effort Sdn Bhd Ng Kee Leen (kanan) dan Pengarah Star Effort Sdn Bhd Dave Hoong (dua kanan) melihat kawasan di sekitar tapak projek selepas pelancaran Opus Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia