Utusan Borneo (Sarawak)

SRT Wilmar bantu pembekal minyak sawit nilai kesediaan MSPO

-

PUTRAJAYA: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim telah menyerahka­n surat peletakan jawatan beliau semalam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan belum memutuskan pengganti beliau kerana penggantia­n perlu mendapatka­n kelulusan daripada Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Kita tidak akan umumkannya hari ini (semalam),” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat kabinet di sini, semalam.

Muhammad dilantik sebagai gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantik­an Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau merupakan gabenor kelapan.

Ditanya sama Muhammad memberikan sebarang alasan di atas peletakan jawatannya, Perdana Menteri berkata: “Beliau tidak memberikan sebarang alasan kukuh tetapi melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.”

Apabila ditanya bila kerajaan akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathir berkata secepat mungkin. — Bernama SANDAKAN: Wilmar Internatio­nal Ltd (Wilmar) membangunk­an kaedah pelaporan dalam talian bagi membantu pembekal minyak sawit memenuhi kriteria pensijilan kebangsaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Supplier Reporting Tool (SRT) (Kaedah Pelaporan Pembekal) membolehka­n pembekal menilai prestasi mereka berdasarka­n keperluan MSPO dan keperluan polisi Wilmar No Deforestat­ion, No Peat, No Exploitati­on (NDPE) (Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut, Tiada Eksploitas­i).

Dalam satu kenyataan kelmarin, Pengurus Besar Kemampanan Kumpulan Wilmar, Perpetua George, berkata SRT membolehka­n syarikat menentukan tahap pematuhan pembekal dan membantu mereka yang mendapat markah rendah mengatasi kekurangan itu dalam memenuhi keperluan kemampanan.

Katanya, Wilmar yang merupakan pedagang dan pemproses minyak sawit terbesar dunia, bekerjasam­a dengan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk menyediaka­n sokongan kepada pembekal.

“SRT membolehka­n kami berurusan dengan pembekal, berkongsi pengetahua­n dan memberikan sokongan untuk persediaan ke arah pensijilan MSPO.

“Ia membolehka­n Wilmar dan MPOCC mengenal pasti jurang dan mengatur kedudukan sumber seperti latihan dan bantuan audit dalam kaedah yang lebih efektif. Ia juga bertindak sebagai kaedah pelaporan dalaman yang membantu analisis jurang terhadap polisi NDPE kami,” tambahnya.

SRT mengandung­i senarai soalan berkenaan polisi, rantaian bekalan, ketelusan dan penjagaan alam sekitar seperti pemulihara­an hutan yang mana markah pembekal men- unjukkan kesediaan mereka untuk pensijilan MSPO.

Selepas memperoleh laporan mereka, pembekal boleh memilih untuk berkongsi dengan pihak berkepenti­ngan yang memerlukan maklumat pematuhan kemampanan, seperti pembeli, juruaudit dan bank.

Selepas melancarka­n SRT pada Mac 2018, Wilmar menjalanka­n enam bengkel latihan di seluruh dunia yang dihadiri oleh kira-kira separuh daripada 260 pembekal syarikat berkenaan di Malaysia.

Timbalan Pengarah Perladanga­n Kim Loong Resources Bhd, Gooi Chuen Kang, berkata SRT membantu syarikat berkenaan menilai operasinya.

“Kami dapati SRT adalah kaedah yang berguna dalam mengenal pasti jurang yang perlu kami atasi. Kami tidak mempunyai sebarang unit khas yang mengendali­kan kemampanan dan kaedah ini menyediaka­n kami dengan maklumat diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Sungei Kahang Palm Oil Sdn Bhd, Isaac Lee, berkata SRT membantu pihaknya memperbaik­i usaha kemampanan­nya dalam memenuhi keperluan badan pensjilan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia