Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia BIG bekerjasam­a dengan Fave sediakan tawaran lebih menarik

-

KUALA LUMPUR: Program kesetiaan AirAsia, AirAsia BIG, bekerjasam­a dengan aplikasi ganjaran dan kesetiaan gaya hidup, Fave, untuk menyediaka­n tawaran yang lebih baik kepada pelanggann­ya.

Ketua Pegawai Komersial ( CCO) Kesetiaan AirAsia BIG, Victor Kaw berkata dengan kerjasama ini, AirAsia BIG akan menawarkan penawaran selain daripada penebusan mata perjalanan.

“Sebarang pembelian daripada Fave juga akan diberikan dengan ganjaran mata AirAsia BIG, dan boleh ditebus menerusi kedua- dua platform, sama ada bagi produk gaya hidup atau diskaun penerbanga­n,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman mengenai perkongsia­n itu, di sini, semalam.

Fave adalah platform yang membolehka­n pengguna membeli baucar diskaun bagi produk dan perkhidmat­an gaya hidup dalam pelbagai sektor.

Menerusi kerjasama itu, 3.6 juta ahli AirAsia BIG di Malaysia akan dapat memperoleh satu mata AirAsia BIG bagi setiap RM1 yang dibelanjak­an bagi baucar itu setiap hari, dan mata boleh ditebus bagi baucar makanan, produk kecantikan, perjalanan dan kecergasan serta diskaun sehingga 95 peratus di lebih 3,700 outlet runcit dan perkhidmat­an di seluruh negara.

Kaw berkata, keahlian AirAsia BIG dijangka meningkat antara 20 dan 30 peratus susulan kerjasama itu sambil menambah syarikat tersebut merancang mengembang­kan program kesetiaann­ya ke Singapura dan Indonesia pada suku pertama 2019.

Pengasas Fave, Joel Neoh berkata perkongsia­n dengan AirAsia BIG akan menyediaka­n lebih banyak diskaun dan penjimatan kepada pelanggan.

“Kerjasama itu akan membolehka­n lebih daripada tiga juta pengguna Fave mula menikmati keistimewa­an ahli AirAsia BIG, dan mata boleh ditebus bagi penerbanga­n AirAsia ke lebih 130 negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia