Utusan Borneo (Sarawak)

Simulasi SAR perkukuh kecekapan penyelamat di Gunung Kinabalu

-

RANAU: Operasi simulasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Kinabalu merupakan satu tindakan proaktif Taman- Taman Sabah ( TTS) bagi memperkuku­hkan penyelaras­an dan kecekapan menyelamat agensi yang terlibat sekiranya berlaku bencana seperti gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata pelaksanaa­n simulasi itu sangat bertepatan untuk penambahba­ikan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengurangk­an ‘ masa respons’ penyelamat­an mangsa di gunung.

“Selain itu operasi simulasi ini juga akan memberikan keyakinan kepada para pendaki mengenai tahap keselamata­n pendakian Gunung Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia yang selamat untuk didaki,” katanya.

Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian pada majlis penutupan operasi simulasi berkenaan di Taman Kinabalu dekat sini, malam kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assafal P Alian.

Liew berkata operasi simulasi SAR itu adalah kali kedua diadakan selepas siri pertama pada 2016 dan selain penambahba­ikan penyelamat­an mangsa di Laluan Ranau, simulasi penyelamat­an juga melibatkan penyelamat­an mangsa di kawasan ViaFerrate serta penggunaan laluan Laluan Kota Belud sebagai alternatif penyelamat­an sekiranya laluan asal (Laluan Ranau) terputus.

“Saya percaya dengan kejayaan operasi simulasi SAR ini, tahap kesiapsiag­aan dan pengetahua­n anggota SAR telah meningkat,” tambahnya.

Operasi simulasi SAR itu melibatkan lebih 200 anggota penyelamat dari pelbagai agensi termasuk bomba, polis, TTS, Persatuan Malim dan Poter Kinabalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Kesihatan Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia