Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik bebas tuduhan miliki pedang samurai

-

KOTA KINABALU: Seorang mekanik lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan itu terhadap Carlsten Freddie Japat, 36, tanpa dipanggil membela diri, setelah kes ditutup pada peringkat pendakwaan.

Semasa menyampaik­an penghakima­nnya, beliau menyatakan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Menurutnya, berdasarka­n akta berkenaan, menjadi kesalahan apabila seseorang mem- bawa senjata berbahaya di tempat awam.

Bagaimanap­un dalam kes terbabit, senjata berkenaan sebenarnya ditemukan di bilik sewa tertuduh, bukan di tempat awam.

Tertuduh didakwa menyimpan sebilah pedang samurai, pada 27 Januari di sebuah rumah, Kampung Hungab, daerah Penampang.

Sementara itu, seorang lelaki warga asing dikenakan penjara enam bulan selepas mengaku bersalah menceroboh pekarangan sebuah hotel.

Najuan Ibrahim, 23, melakukan kesalahan itu bersama seorang remaja berusia 14 tahun, yang diperintah­kan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak.

Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mei jam 3.26 petang, di Marina Golf Club Sutera Harbour, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu seorang pengawal keselamata­n menangkap dua lelaki, yang kelihatan mencurigak­an di pekarangan padang golf hotel terbabit.

Semasa diperiksa, keduadua lelaki terbabit mengambil tujuh bola golf tanpa kebenaran daripada pihak hotel.

Najuan yang tidak diwakili peguam memohon tempoh pemenjaraa­nnya disingkatk­an, namun Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman setimpal dikenakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia