Vietnam kecoh, cadangan pajak tanah lebih lama
Segelintir penduduk menganggap ia sebagai perjanjian utama bagi pihak asing, khasnya firma China
HANOI: Sekurang-kurangnya 12 orang telah ditahan di ibu negara Vietnam semalam, menurut seorang koresponden AFP di tempat kejadian, ketika kemarahan semakin meningkat mengenai satu cadangan untuk memberikan pajakan tanah yang lebih lama kepada syarikat.
Draf undang- undang di tengah kekecohan ini akan membolehkan konsesi 99 tahun dalam zon ekonomi khas yang dirancangkan, di mana segelintir menganggap sebagai perjanjian utama bagi pihak asing dan terutamanya firma China.
Walaupun Hanoi dan Beijing secara rutinnya saling berbalah mengenai wilayah yang direbutkan di Laut China Selatan, Vietnam selalunya mematahkan bantahan ditujukan kepada China.
Dalam respons terhadap kritikan yang bertambah mengenai rang undang-undang tersebut, kerajaan komunis menyatakan kelmarin bahawa ia akan meminta parlimen untuk menangguhkan bagi meluluskannya sehingga hujung tahun.
Namun itu tidak menghentikan kekecewaan, ketika kira-kira 40 hingga 50 pe- nunjuk perasaan berkumpul di Hoan Kiem Lake di Hanoi semalam sambil memegang papan tanda menentang perundangan yang menyatakan “Bantahan terhadap draf undang- undang bagi zon ekonomi khas” dan “bantahan terhadap pembajakan tanah kepada China”.
Seorang koresponden AFP melihat anggota polis berpakaian preman telah mengheret kira-kira 20 orang pergi dari situ dan memasukkan mereka ke dalam beberapa bas berhampiran, Pihak berkuasa tidak dapat dihubungi bagi sebarang komen.
Insiden berlaku selepas penahanan dua orang kelmarin di bahagian selatan negara kerana menyebarkan risalah menyeru bagi bantahan perundangan, lapor media negara.
Beberapa imej pada media sosial turut menunjukkan tunjuk perasaan di Bandar Ho Chi Minh dan bahagian lain di Vietnam, ketika seruan bagi tindakan tersebar di Facebook pada awal minggu ini.
Bantahan umum jarang berlaku di negara satu parti ini, di mana satu kepimpinan konservatif dilaksanakan sejak 2016 telah mengambil satu tindakan lebih tegas terhadap aktivis.
Seorang aktivis alam sekitar Vietnam telah dipenjarakan selama 14 tahun pada Februari bagi bantahan terhadap satu pembuangan sisa toksik yang membunuh bertan-tan ikan pada tahun 2016, satu insiden yang telah mencetuskan tunjuk perasaan seluruh negara.