Penganggur ditahan setelah bunuh seorang lelaki
TOKYO: Seorang lelaki telah ditangkap di tengah Jepun selepas menikam seorang sehingga mati dan mencederakan dua orang lagi di dalam sebuah kereta api berkelajuan tinggi pada malam kelmarin, satu serangan kejam yang jarang berlaku di negara Asia.
Suspek, dikenali sebagai Ichiro Kojima, telah menyerang mangsa-mangsa tersebut pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan di dalam kereta api ‘shinkansen’ yang dalam perjalanan dari Tokyo ke sebuah stesen di Osaka, menurut pihak polis dan laporan berita.
Anggota polis telah menyerbu masuk ke dalam gerabak kereta api dan menangkap lelaki itu selepas kereta api tersebut, membawa kira-kira 880 penumpang, melakukan satu persinggahan kecemasan di stesen Odawara.
Pihak polis telah menahan suspek seorang penganggur berusia 22 tahun kerana disyaki bagi cubaan membunuh, seorang jurucakap polis tempatan memberitahu AFP.
“Seorang penumpang lelaki telah dihantar ke hospital dan kematiannya telah disahkan kemudian,” jelas jurucakap berkenaan.
Laporan berita menyatakan dua wanita yang kelihatan dalam lingkungan usia dua puluhan telah mengalami kecederaan namun tidak membahayakan nyawa.
Suspek memberitahu pihak penyiasat bahawa dia berasa “kecewa dan ingin untuk membunuh seseorang”, men- urut pihak penyiaran awam NHK, sambil menambah bahawa dia telah menggunakan sekurang-kurangnya dua bilah pisau.
Beberapa saksi menyatakan para penumpang telah melarikan diri dalam keadaan panik, sebahagian daripada mereka telah menangis.
“Dengan tiba-tiba, ramai penumpang yang berlari dari belakang. Orang berada dalam keadaan panik,” seorang penumpang lelaki berusia 44 tahun memberitahu Mainichi Shimbun.
“Semua orang kelihatan sebagai merasai tekanan dan beberapa orang dari mereka telah menangis,” jelas beliau.
Seorang penumpang wanita memberitahu NHK: “Semua orang melarikan diri dan jatuh seperti sebiji domino yang tumbang menimpa satu sama lain. Saya berasa takut bagi kematian.”
Jepun mempunyai salah satu dari kadar paling rendah bagi jenayah kejam di negara membangun dan serangan beramai-ramai adalah sangat jarang berlaku.
Pada 2015, seorang lelaki telah membakar dirinya sendiri di dalam sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang bergerak, membunuh dirinya sendiri dan seorang wanita dalam satu insiden yang tidak dijangkakan.