Filem baharu kembali ungguli box office AS
CARTA box office Amerika Utara pada hujung minggu lalu melihat yang besar, hijau dan menakutkan menghenyak si comel, muda dan lucu selepas ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’ membuat kemunculan pertama dengan jualan tiket sebanyak AS$148 juta serta mengusir ‘Incredibles 2’ dari tempat teratas.
Bagaimanapun kutipan yang dibuat oleh filem sekuel dinosaur -- dihasilkan secara eksekutif oleh Steven Spielberg yang telah mengarah dua buah filem asal -- jauh kurang daripada rekod AS$208 juta yang dicatat oleh filem ‘Jurassic’ yang terakhir pada 2015, menurut data oleh pengesan industri Exhibitor Relations.
Namun begitu, ‘Fallen Kingdom’ telah melepasi angka AS$700 juta di seluruh dunia -- walaupun ulasan yang tidak seberapa seperti yang dicadangkan oleh The New York Times bahawa filem itu adalah salah “satu cara bagi orang yang tidak mempunyai rancangan lain untuk mendapatkan penyaman udara.”
Filem itu kembali menampilkan Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard dalam watak utama empat tahun selepas penutupan taman tema Jurassic World dengan gunung berapi di Isla Nublar bakal meletus dan mengancam kehidupan yang tinggal di pulau itu, termasuk dinosaur-dinosaur yang masih ada.
Owen mencari ketua raptornya Blue tetapi terjumpa dengan konspirasi yang akan mengganggu keseluruhan aturan semulajadi planet.
Jatuh ke tangga kedua adalah filem ‘Incredibles 2’ terbitan Pixar yang memperolehi AS$80.3 juta ketika teater-teater di Amerika Utara mula pulih dari kemerosotan musim panas lepas.
Filem itu, tentang keluarga wira terkemuka aneh, mengaut AS$182 juta dalam hujung minggu penampilan pertamanya, satu rekod untuk sebuah filem animasi di AS dan Kanada, dengan mudah mengatasi rekod AS$135 juta yang dicatat oleh filem ‘Finding Dory’ dalam penampilan pertamanya pada tahun 2016.
Ia mengisahkan tentang keluarga Parr -- kali ini memberi tumpuan kepada si ibu Helen (Holly Hunter) di mana dia berjuang untuk membantu membawa wira terkemuka dunia yang masih lagi bersembunyi supaya kembali beraksi.
Si suami Bob (Craig T. Nelson) ditinggal di rumah dan bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka yang sangat