Sumbangan penyerang itu amat diperlukan ketika menentang Perancis dalam peringkat 16 terakhir Piala Dunia 2018
KAZAN: Argentina dan Lionel Messi perlu menemui prestasi yang baik dengan cepat jika mereka mahu pergi lebih jauh lagi dalam Piala Dunia pada malam ini (jam 10.00 malam Sabtu waktu Malaysia) apabila mereka bertemu dengan pasukan Perancis yang belum lagi mencapai kemuncak prestasi mereka.
Perlawanan peringkat 16 terakhir pertama di Rusia menjanjikan pertemuan yang menarik di antara dua pasukan yang belum lagi mempamerkan prestasi sebenar dan kononnya pada trajektori berlainan.
Kesemua kelemahan pasukan Argentina yang semakin tua dan tidak seimbang didedahkan dengan kejam ketika mereka dibelasah oleh Croatia pada peringkat kumpulan.
Namun, disokong dengan bersemangat oleh Diego Maradona yang teruja, Messi akhirnya menjaringkan gol pertamanya di kejohanan ini sebelum Marcos Rojo meledakkan gol kemenangan yang cantik ketika menentang Nigeria untuk membantu finalis yang tewas pada 2014 itu menempah tiket ke peringkat kalah mati.
Sementara itu Perancis bimbingan Didier Deschamps, antara pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan sebelum kejohanan, kelihatan lembap walaupun mara tanpa kekalahan dari peringkat kumpulan.
Penyerang pilihan pertama Antoine Griezmann tidak dapat mempamerkan semula prestasi terbaiknya dan kreativiti gagal untuk mengalir dari bahagian tengah.
Deschamps menegaskan segalanya akan menjadi bagi Perancis pada malam ini apabila peringkat seterusnya ber- Pasukan Argentina menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk perlawanan 16 terakhir menentang Perancis. mula dalam kejohanan ini.
“Satu pertandingan yang baharu sepenuhnya bermula sekarang, penyingkiran terus,” kata Deschamps.
“Kami memperolehi apa yang kami inginkan. Sekarang gunung tersergam tinggi di hadapan kami, tetapi kami berada di sana dan kami mahu mara ke pusingan seterusnya selepas itu.”
Messi, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or, menggariskan kepentingannya kepada Argentina dengan gol pembukaan yang dijaringkan dengan cemerlang ketika menentang Nigeria pada Selasa lepas.
Namun ia hanya menebus sebahagian daripada kegagalan ikon Barcelona itu untuk menyempurnakan tendangan penalti ketika menentang Iceland dalam keputusan seri 1-1 yang hambar dan memudarkan harapan Argentina dari perlawanan pembukaan mereka.
Kelibat Messi kemudian tidak kelihatan sama sekali apabila anak buah Jorge Sampaoli mengalami kekalahan yang menginsafkan kepada Croatia.
Ketegangan daripada kemenangan ke atas Nigeria menyebabkan Maradona, pemenang Piala Dunia 1986, mengerut muka ke langit, dengan mata yang kelihatan seperti mata orang gila.
Maradona kemudian menepis kebimbangan mengenai kesihatannya selepas dia diperiksa oleh paramedik di dalam kotak VIP.
Namun Argentina, dan kesihatan Messi, juga sedang diteliti, menurut bekas kapten Perancis, Marcel Desailly.
Desailly, pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada 1998, memberitahu akhbar Guardian di Britain: “Kami tahu Messi hebat tetapi kami keliru dan sedih untuknya.
“Dia adalah produk Barcelona yang begitu tulen tetapi bersama Argentina sekarang, Messi dalam kekalutan.”
“Dan kita akui sahajalah, Perancis belum lagi menunjukkan apa-apa yang membuatkan kita rasa optimis, untuk memberi har- apan kepada kita,” k a t a