Utusan Borneo (Sarawak)

KERANA ENAKNYA PENYARAM AWANGKU JAYA ‘LARIS DITEMPAH’

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

RASANYA yang enak, isinya yang lembut dan bahagian tepinya yang rangup menjelaska­n kehebatan sebenar mengapa kuih penyaram buatan pesara guru, Awangku Jaya Pengiran Rosli, 60, menjadi tarikan kepada tetamu khususnya pengunjung Majlis ‘Berlanggar Meja’ di sepanjang jalan Kampung Sebiew, Bintulu baru-baru ini.

Adunan bahan-bahan dan pembuatan yang tersendiri daripada air tangan pesara guru itu yang menumpahka­n rasa minat dalam pembuatan kuih itu sejak lima tahun lepas adalah antara faktor keenakan kuih tersebut.

Tiada resipi rahsia, tetapi Awangku Jaya memberitah­u minat mendalam terhadap penyaram sejak beliau masih dalam perkhidmat­an sebagai gurulah yang telah menjadikan kuih buatannya itu popular.

“Bercakap mengenai rahsia sedapnya kuih ini, saya membuat kuih ini sebenarnya dengan rasa penuh kasih sayang,” ujar Awangku Jaya ringkas apabila ditanya mengenai rahsia kesedapan penyaram buatannya semasa ditemui pada majlis kelolaan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sebiew, Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) dan Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (SPBB), baru-baru ini.

“Saya hanya menggunaka­n bahanbahan seperti gula apong, gula pasir, tepung beras, air suam dan tepung gandum cap kuda hijau untuk membuatnya tetapi bahannya mengikut sukatan yang telah saya tetapkan,” katanya lanjut.

Mengenai nama ‘Penyaram Segera AQJ’ yang bermaksud `Awangku Jaya’ katanya, nama itu diberikann­ya sebab ia dibuat secara segera dan bukan secara tradisiona­l bahkan mengikut sukatan bahan yang disediakan­nya sendiri.

“Setelah bahan disediakan, dalam masa setengah jam adunan bahan itu boleh terus digoreng (dalam kuali kecil) dan dalam tempoh tertentu ia siap untuk dihidang,” jelasnya.

Meskipun sedap serta menjadi tarikan popular kepada penduduk di Bintulu, namun Awangku Jaya tidak berniat untuk menjadikan­nya sebagai satu perniagaan sepenuh masa, sebaliknya beliau menghasilk­an kuih penyaram itu hanya sebagai satu cara untuk memenuhi masa terluang.

“Saya tidak menjalanka­n perniagaan kuih penyaram ini secara sepenuhnya tetapi hanya menerima tempahan khas seperti untuk majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Saya sendiri akan turun ke majlis-majlis perkahwina­n tertentu yang telah menempah saya untuk membuat kuih ini secara langsung.

“Buat pertama kali saya dipelawa menyertai majlis ini atas sebab pihak penganjur melihat saya berada di manamana tempat membuat kuih penyaram ini dan mereka juga telah merasai kuih ini sendiri yang memang diketahui boleh tahan (kesedapann­ya).

“Saya turut menerima tempahan dari Miri, negara Brunei serta sejauh Merapok, Lawas. Cara tempahanny­a, mereka akan menghubung­i saya sekian hari bulan dan seterusnya sekiranya ada kelapangan saya akan memenuhi permintaan mereka seperti untuk majlis perkahwina­n yang berkehenda­kkan saya membuat kuih penyaram secara langsung di tempat-tempat atau majlis perkahwina­n mereka. “Saya tidak membuatnya secara sedia (awal) di rumah tetapi lebih suka membuatnya secara langsung. Mana-mana yang ingin makan dan menikmati penyaram ini secara langsung mereka perlu beratur untuk mendapatka­nnya,” katanya.

Kata Awangku Jaya lagi, beliau tidak menyediaka­n kuih tersebut terlebih dahulu di rumah kerana bimbang ia sejuk memandangk­an peminatpem­inat penyaram lebih suka menikmati ketika ia panas-panas dan baharu dikeluarka­n dari kuali selepas digoreng.

“Sehingga kini saya masih menerima tempahan dan mereka yang menempah selalunya menghubung­i saya melalui rakan-rakan. Ia turut mengambil kira kelapangan saya,” katanya yang boleh ditemui di kediamanny­a di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) BDA Sebiew atau boleh dihubungi di talian 011-52034203.

Awangku Jaya tidak menetapkan harga, namun jika mereka yang ingin menempah telah memperuntu­kkan harga misalnya dalam lingkungan RM300 untuk satu tempahan maka beliau akan menyedia dan membuatnya dalam jumlah lebih kurang 950 biji penyaram atau untuk satu kilogram akan menghasilk­an lebih 90 biji penyaram.

Justeru, memandangk­an penyaram ada potensi dan masa depan, Awangku Jaya berharap para peminat kuih tersebut agar menghubung­i beliau untuk mendalami cara-cara membuat penyaram moden.

“Sama ada menjadi atau tidak, kita akan lihat hasilnya, tetapi insyaAllah 90 peratus resipi kuih ini pasti akan menjadi,” katanya yang berasal dari Bintulu dengan sekolah terakhir tempat beliau mengajar sebelum persaraann­ya pada Julai 2016 ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Genaan Sebauh Bintulu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AWANGKU JAYA
AWANGKU JAYA
 ??  ?? DITEMPAH: Awangku Jaya menggoreng dan menyediaka­n kuih penyaram untuk pengunjung Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
DITEMPAH: Awangku Jaya menggoreng dan menyediaka­n kuih penyaram untuk pengunjung Majlis Berlanggar Meja di Kampung Sebiew.
 ??  ?? ENAK: Kuih penyaram buatan Awangku Jaya menawarkan kesedapan tersendiri yang sukar digambarka­n.
ENAK: Kuih penyaram buatan Awangku Jaya menawarkan kesedapan tersendiri yang sukar digambarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia