Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DIJINAKKAN UITM FC

Ian ternyata kecewa dengan kekalahan 2-0 skuadnya di pangkuan pasukan berstatus kelab

- Oleh Harry Ilias

Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk mencatat kemenangan namun penyudah kurang berkualiti untuk menjaringk­an gol. Ian Andrew Gillan Ketua Jurulatih Sarawak

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan ternyata amat kecewa dengan kekalahan 2- 0 skuadnya di pangkuan pasukan berstatus kelab, UiTM FC pada aksi Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Katanya, ia keputusan yang amat mengecewak­an kerana pasukan kita mempunyai sekurang- kurangnya sembilan peluang terbaik untuk menjaringk­an gol namun tidak satupun berjaya dihasilkan.

“Kita berada dalam kedudukan yang baik un- tuk mencatat kemenangan namun penyudah kurang berkualiti untuk menjaringk­an gol.

“Pemain- pemain nampak kurang bertenaga dan kadang- kadang hilang ketenangan apabila berada di hadapan gol lawan,” katanya ditemui selepas perlawanan di sini lewat petang semalam.

Sarawak sepatutnya berada di depan pada minit pertama apabila penyerang berbisa, Bobby Gonzales berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FC, Mohd Soffuan Tawil dalam situasi satu lawan satu namun pemain kelahiran Sabah itu gagal menghasilk­an jaringan.

Dua minit kemudian, giliran perancang tengah, Milos Raickovic melakukan percubaan namun rembatan kencangnya ditepis keluar oleh penjaga gol pasukan pelawat.

Bagaimanap­un, UiTM FC sekali lagi terselamat apabila rembatan padu penyerang import - Mateo Roskam dari jarak dekat sekadar menggegar tiang gol lawan pada minit ke- 20.

Tuah memihak kepada pasukan pelawat apabila rembatan kencang pemain import dari Korea, Sang Nim Noh gagal ditepis keluar oleh penjaga gol Sarawak, Mohamad Firdaus Muhamad pada minit ke- 53.

Pemain gantian, Mohd Zulkiffli Zakaria menam- bah derita Sarawak dengan meledakkan gol kedua UiTM FC pada minit ke90. Kedudukan itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Ini adalah kekalahan kelapan Sarawak dalam kempen Liga Premier musim ini yang hanya berbaki tiga perlawanan untuk dita- matkan.

Setakat ini, skuad Sarawak mengumpul 19 mata daripada 17 perlawanan dan kekal di tangga ketujuh.

Skuad Ngap Sayot akan meneruskan kempen Liga Premier 2018 dengan menentang Felda United FC pada 17 Julai ini di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TEPIS: Penjaga gol Sarawak, Mohamad Firdaus menepis percubaan penyerang UiTM FC pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon TEPIS: Penjaga gol Sarawak, Mohamad Firdaus menepis percubaan penyerang UiTM FC pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia