Utusan Borneo (Sarawak)

NAJIB DITAHAN SPRM

Beliau akan dituduh hari ini di Mahkamah Kuala Lumpur.

-

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) mengesahka­n bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, pasukan itu berkata tangkapan dibuat jam 2.35 petang berhubung siasatan SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

"Mohd Najib akan dituduh esok (hari ini) pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.

Bekas perdana menteri telah hadir ke Suruhanjay­a Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

SRC Internatio­nal ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012.

Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penyiasata­n SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitka­n isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahka­n daripada SRC Internatio­nal Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri.

Sementara itu, sumber SPRM berkata bekas perdana menteri itu dibawa keluar dari kediamanny­a jam 3.07 petang oleh anggota petugas suruhanjay­a itu.

Tiga kereta milik SPRM kelihatan keluar meninggalk­an kediaman Najib sambil diiringi sebuah lagi kereta dipercayai milik pembantu Najib.

Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, kata sumber itu.

 ??  ?? — Gambar AFP
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia