Utusan Borneo (Sarawak)

MISTERI KEHILANGAN PEMUDA TERJAWAB

-

SIBU: Penemuan kereta terjunam ke dalam sungai di Jambatan Sungai Merah, Jalan Brooke Drive di sini pagi semalam mengakhiri pencarian orang hilang lima hari lalu.

Pemuda dikenali Ting Kwong Ling, 25, dilaporkan hilang oleh bapanya yang berusia 59 tahun pada 28 Jun, selepas gagal pulang ke rumah sehari sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata siasatan awal polis mendapati sebuah kereta dipandu si mati dari Sungai Merah menuju ke Sibu terbabas lalu terjunam masuk ke dalam sungai.

“Bantuan Unit Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) BBP Sibu digunakan dan kereta berjaya dinaikkan mendapati mayat mangsa sudah kembang ditemui dalam kereta,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tujuan pengecaman oleh keluarga.

“Ibu mangsa telah mengecam mayat sebagai si mati (anaknya) jam 2 petang,” kata Stanley.

Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah di Jalan Engkilo, Sungai Bidut memandu kereta kakaknya jam 10 malam, pada 27 Jun lalu.

Terdahulu, bomba bersama empat penyelam Unit PPDA, BBP Sibu bergegas ke lokasi selepas dimaklumka­n orang awam jam 7.50 pagi mengenai satu kes kereta terbabas di jambatan Jalan Brooke Drive merintangi Jalan Sungai Merah dan kereta berada dalam sungai.

Namun, tidak dapat dipastikan masa sebenar insiden kemalangan itu sehingga kesan kerosakan teruk (calar) pada jambatan di Sungai Merah itu menimbulka­n keraguan orang awam lalu memaklumka­n pihak bomba dan Unit PPDA melakukan penyelaman.

Operasi penyelaman yang diketuai PBK II Majidi Tinggal mengesahka­n ada mayat berada dalam kereta dalam sungai tersebut.

Kereta itu kemudian berjaya diangkat naik menggunaka­n kren.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (ARJT) 1987.

 ??  ?? JUMPA MAYAT: Mayat mangsa dijumpai dalam kereta terjunam ke sungai di Jambatan Sungai Merah, Sibu pagi semalam.
JUMPA MAYAT: Mayat mangsa dijumpai dalam kereta terjunam ke sungai di Jambatan Sungai Merah, Sibu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia