Utusan Borneo (Sarawak)

OMO58 tetap dikuat kuasa

-

KUCHING: Tiada apa yang dapat menyekat Sarawak daripada menguatkua­sakan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 ( OMO58) bagi aktiviti-aktiviti perlombong­an minyak dah gas di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Ujarya Sarawak tetap menguatkua­sakan OMO58 bermula 1 Julai 2018 dan melaksanak­an hak-hak negeri ini berdasarka­n ordinan itu.

“Kita tidak akan berkomprom­i dalam hal kedudukan undang- undang kita. Kita mahu menguatkua­sakan undang- undang ini untuk kebaikan rakyat Sarawak. “Kita juga mahu memastikan hak- hak kawal selia kita (dalam industri minyak dan gas di negeri ini) dilindungi. Tiada apa yang dapat meng- halang kita daripada menguatkua­sakan OMO58 ke atas perlombong­an minyak dan gas di tanah kita sendiri,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata jika Petroliam National Berhad (Petronas) mahu membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi, Sarawak akan bersedia menghadapi­nya.

Ditanya sama ada Kerajaan Sarawak akan mengenakan denda ke atas Petronas jika tidak mematuhi OMO, beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengatakan demikian kerana syarikat minyak itu tidak dengan khusus menyatakan sama ada akan mematuhi ordinan berkenaan atau sebaliknya.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan kita akan mendenda Petronas atau tidak jika tidak mematuhi undangunda­ng ini kerana setakat ini syarikat itu tidak menyatakan pendiriann­ya sama ada patuh atau sebaliknya,” ujar beliau.

Sharifah Hasidah berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan akhbar Petronas semalam yang mengatakan syarikat itu kekal dengan pendirian berhubung pemilikan eksklusif sumber petroleum serta pengawal selia industri huluan di negara ini.

Syarikat itu berkata, ia akan terus memantau rapat situasi termasuk mendapatka­n pandangan dan bimbingan daripada kerajaan persekutua­n sebagai pemegang saham tunggal Petronas dalam melaksanak­an tugas.

Kenyataan itu dikeluarka­n susulan kenyataan Pejabat Ketua Menteri berhubung penguatkua­saan kuasanya di bawah undang-undang negeri berkaitan minyak dan gas di Sarawak.

Petronas merujuk kepada Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 untuk pemilikan eksklusif dimaksudka­n tetapi Sarawak mendakwa enakmen PDA melalui Parlimen telah melanggar Perlembaga­an Malaysia.

Kerajaan negeri berkeras mengatakan OMO58 menetapkan semua pemain industri minyak dan gas di negeri ini termasuk Petronas harus mematuhi undangunda­ng itu.

Semua syarikat termasuk kontraktor dan subkontrak­tor dan vendor mereka dalam industri minyak dan gas perlu memohon lesen daripada Kerajaan Sarawak untuk beroperasi di Sarawak berkua tkuasa 1 Julai 2018.

Syarikat-syarikat minyak diminta berbuat demikian di bawah OMO58 serta beberapa undang-undang lain seperti Ordinan Pengagihan Gas ( GDO) 2016 dan Kanun Tanah Negeri (SLC).

Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pihak yang gagal mematuhi ordinan tersebut, ia termasuk aktiviti-aktiviti huluan dilakukan Petronas.

 ??  ??
 ??  ?? SHARIFAH HASIDAH
SHARIFAH HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia