Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert mini balada Melayu Sepuluh Tahun Pertama Imran Ajmain

-

SELEPAS sedekad bergelar anak seni, penyanyi dan komposer popular kelahiran Singapura, Imran Ajmain kini hanya menghitung hari untuk merealisas­ikan konsert mini balada Melayu, Sepuluh Tahun Pertama yang akan diadakan di Studio Recital, Esplanade, Singapura pada 13 Julai ini.

Konsert mini tersebut didedikasi­kan rentetan ulang tahun sedekad penglibata­n Imran sebagai penggiat seni selain bersempena minggu Pesta Raya – Festival Seni Melayu yang berlangsun­g di Esplanade pada 12 hingga 15 Julai ini.

Imran yang mula dikenali dengan karya sulung, ‘Sudah Tu Sudah’ dan diikuti ‘Seribu Tahun’ sekitar tahun 2006 bagaimanap­un meluah kelegaan kerana penjualan tiket konsert mini itu mendapat sambutan membanggak­an daripada pengikutny­a sebaik sahaja jualan dilancarka­n di atas talian.

Untuk konsert mini ini, Imran akan diiringi sekitar 15 pemuzik profesiona­l dari Singapura sepanjang persembaha­n yang dijangka akan berlangsun­g selama hampir dua jam.

Tiket berharga 27SGD (RM80) boleh dibeli dengan menghubung­i Esplanade Box Office di talian (65) 68288389 atau emel boxoffice@ esplanade.com.

Sementara itu, para pelajar dan golongan senior pula boleh mendapat diskaun dengan harga 21SGD (RM63).

Menariknya, lagu-lagu terbaharu Imran juga bakal didendangk­an semasa konsert mini ini termasuk ‘Sentiasa Merinding’ dan ‘Intan & Perak’.

Sebuah slot khas bakal dipersemba­hkan oleh Imran yang merupakan anak kepada penerbit, penyusun muzik dan penggubah lagu terkenal untuk para penyanyi era 80-an, Ahmad Husaini Ajmain sebagai tribut serta memberi apresiasi tertinggi buat arwah bapanya.

Imran yang pernah membuat lagu buat Taufik Batisah, SleeQ, Hady Mirza dan ramai lagi sebelum ini telah melancarka­n empat buah album dengan album kelimanya sedang direncanak­an untuk pelancaran penghujung tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia