Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan jalan raya di Sarawak menurun 12 kes

Ia penurunan sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh sama bagi Ops Selamat pada 2017: Alexson

-

KUCHING: Sarawak mencatat penurunan sebanyak 12 kes jumlah keseluruha­n kemalangan pada Ops Selamat Ke-13 sempena Hari Raya Aidilfitri 2018.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, ia penurunan sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh yang sama bagi Ops Selamat pada 2017.

“Pada Ops Selamat dari 8 hingga 22 Jun 2018, jumlah keseluruha­n kemalangan jalan raya dicatatkan sejumlah 680 kes.

“Ini menunjukka­n penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat 692 kes keseluruha­n kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Manakala dari segi jumlah kemalangan maut kata Alexson, juga menunjukka­n penurunan iaitu daripada 13 kes pada 2017 kepada 10 kes pada Ops Selamat 2018 iaitu penurunan sebanyak 23.1 kes.

Beliau mendedahka­n bahawa bagi jumlah kematian ia juga sama menunjukka­n penurunan pada Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 ber- banding tempoh sama 2017.

“Jumlah kematian menunjukka­n penurunan tiga kes atau 23.1 peratus iaitu daripada 13 kes tahun 2017 kepada 10 kematian pada operasi tahun ini,” katanya.

Alexson berkata, puncapunca kemalangan maut ini berpunca daripada pemandu yang melakukan kesalahan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat.

“Selain itu keluar simpang tanpa memberi signal serta memandu kenderaan dengan laju tanpa mematuhi had yang dibenarkan lalu terbabas sendiri,” kata beliau.

Manakala dari segi saman yang dikeluarka­n ke atas pelbagai kesalahan selama 15 hari Ops Selamat 2018 adalah sejumlah 12,699 saman.

Katanya Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitir kali ini melibatkan lebih kurang 850 pegawai dan anggota polis di Kontijen Sarawak.

Pada Ops Selamat dari 8 hingga 22 Jun 2018, jumlah keseluruha­n kemalangan jalan raya dicatatkan sejumlah 680 kes. Superinten­den Alexson Naga Chabu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia