Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dakwa ditendang bekas suami

-

LIMBANG: Seorang wanita mengalami sakit di bahagian kaki kanan selepas mendakwa ditendang bekas suaminya ketika menunggang motosikal bersama tunangnya di Kampung Pemukat kelmarin.

Mangsa yang berusia 24 tahun, dari Kampung Buangsiol di sini dihampiri suspek jam 10.30 pagi ketika menunggang motosikal dari arah belakang motosikal dinaik mangsa dan tunangnya.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata ketika berada di kawasan Kampung Pemukat suspek kemudianny­a menendang kaki kanan mangsa.

“Mangsa yang berasa takut kemudianny­a memecut laju melarikan diri bersama tunangnya menuju ke Balai Polis Limbang,” katanya di sini semalam.

Bukhori berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek cemburu dan tidak dapat menerima mangsa bertunang dengan orang lain selepas mereka berpisah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, dua penganggur ditahan selepas khayal dadah ketika dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ( BSJN) Daerah di sini Ahad lalu. Suspek yang berusia 31 tahun dari Kampung Bunga Raya di sini dan seorang lagi suspek, 32, dari Kampung Merasam Parit ditahan jam 10.40 pagi.

Mohd Bukhori berkata, kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphet­amine dan amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis dilakukan terhadap mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? POSITIF DADAH: Suspek dari Kampung Merasam Parit ditahan Ahad lepas.
POSITIF DADAH: Suspek dari Kampung Merasam Parit ditahan Ahad lepas.
 ??  ?? POSITIF DADAH: Suspek dari Kampung Bunga Raya, Limbang ditahan Ahad lalu.
POSITIF DADAH: Suspek dari Kampung Bunga Raya, Limbang ditahan Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia