Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan juga akan sedia infrastruk­tur asas untuk pacu ekonomi komuniti setempat: Awang Tengah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus mempromosi­kan pembanguna­n usahawan terutama di kawasan luar bandar di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malahan kerajaan juga akan menyediaka­n infrastruk­tur asas untuk memacu ekonomi komuniti setempat.

“Kekurangan kapasiti dalam kalangan usahawan akan diberi keutamaan dan kita terus membantu usahawan tempatan mengembang­kan usaha mereka.

“Selain itu Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n untuk menarik pelabur datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah sem-

Kekurangan kapasiti dalam kalangan usahawan akan diberi keutamaan dan kita terus membantu usahawan tempatan mengembang­kan usaha mereka.

pena Program Perubahan Budaya Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) 2018 di sini pada malam kelmarin (Isnin).

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata, antara usaha lain juga dengan menganjurk­an misi perdaganga­n ke luar negara bagi menarik pelabur datang ke Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai pelaburan, beliau berkata, pada tahun lepas lebih daripada RM33 bilion nilai pelaburan yang ditarik di Taman Perindustr­ian Samalaju, Bintulu.

“Sementara di Samajaya, Kuching (Taman Teknologi Tinggi Samajaya di Kuching), lebih daripada RM12 bilion pelaburan pada tahun lalu.

“Lebih daripada 10,000 pekerjaan yang disediakan di Samajaya dengan lebih daripada 90 peratus tenaga kerja adalah penduduk tempatan,” katanya.

Awang Tengah memberitah­u, malahan ia menjana lebih daripada RM830 juta pendapatan bagi pekerja sementara nilai eksport yang dijana di Samajaya pada tahun lepas adalah RM3.7 juta.

Pada majlis berkenaan, beliau menggesa kepada kakitangan kementeria­n untuk bekerja sebagai satu pasukan untuk mengembang­kan lagi program perindustr­ian negeri.

Majlis turut dihadiri Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Awang Tengah (empat kanan) bersama Naroden (lima kanan) dan Mussen (tiga kanan) serta tetamu lain melakukan simbolik ngiling bidai pada majlis diadakan.
SIMBOLIK: Awang Tengah (empat kanan) bersama Naroden (lima kanan) dan Mussen (tiga kanan) serta tetamu lain melakukan simbolik ngiling bidai pada majlis diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia