Utusan Borneo (Sarawak)

GPS dituntut laksana pembanguna­n infrastruk­tur di luar bandar

-

KUCHING: Bukan sahaja budaya politik yang bersih, tetapi lebih mustahak ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dituntut rakyat untuk melaksanak­an segera pembanguna­n infrastruk­tur asas terutama di luar bandar.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang berkata demikian menambah, kesetiaan dan keyakinan masyarakat luar bandar terhadap GPS mesti diberi perhatian sewajarnya.

“Jika tidak parti-parti pembangkan­g dalam negeri ini akan mengambil kesempatan dan ini akan memberi kesan pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya yang berada di kawasan diwakiliny­a, Dewan Undangan Negeri Semop selama 10 hari bagi menghadiri majlis Gawai-Raya yang berakhir pada Isnin.

Menurutnya, rakyat Sarawak ingin melihat parti-parti yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan membentuk GPS tampil dengan perubahan yang jelas dan meyakinkan.

“Secara am, majoriti rakyat Sarawak bersatu hati tanpa mengira fahaman politik menyokong kesungguha­n Kerajaan Sarawak yang sekarang ini ditadbir GPS dalam usaha mempertaha­nkan hak serta kepentinga­n negeri terutama dalam perkara berkaitan minyak dan gas,” ujarnya.

Perubahan-perubahan lain ingin dilihat rakyat Sarawak dalam GPS ialah dari segi integriti serta kecekapan pentadbira­n negeri.

Sambil berkata demikian, beliau menjelaska­n bahawa rakyat Sarawak akan menilai tahap kesungguha­n, kerajinan dan keberanian mana-mana parti politik dalam mempertaha­nkan hak serta kepentinga­n negeri.

Katanya, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ialah satu rahmat agar wakil rakyat yang dipilih tidak mengambil mudah tentang tanggungja­wab serta amanah diberi rakyat.

“Ketua menteri berkalikal­i berkata tiba masanya kepimpinan anak jati Sarawak menentukan destinasi masa depan negeri kita sendiri mengikut acuan serta keutamaan sosiobuday­a dan sosioekono­mi negeri.

“Kesungguha­n ketua menteri ingin membukti kepimpinan beliau mesti diberi peluang oleh rakyat Sarawak sebagaiman­a rakyat Malaysia memberi peluang kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya menunaikan janji-janji pilihan raya mereka,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n mengikut lunas-lunas Perjanjian Malaysia serta peruntukan termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Malah, kerajaan PH akan dipantau dan dituntut supaya menunaikan janji-janji mereka dan tidak terus menerus berdolak-dalik.

Katanya, GPS akan menyokong polisi kerajaan persekutua­n yang memberi manfaat kepada Sarawak dan akan mempertaha­n serta membantah tindakan kerajaan persekutua­n yang mengancam kepentinga­n serta hak negeri.

Malahan, GPS tidak akan mengamal budaya politik kotor dan berserabut seperti di Semenanjun­g Malaysia dengan budaya menjatuhka­n pemimpin serta bergeluman­g dengan pelbagai skandal, lantas membuat rakyat menyampah dan meluat.

“Rakyat Sarawak mesti bersatu dalam kepelbagai­an pendapat.

“Kesetiaan serta semangat anak negeri Sarawak akan diuji dan mesti berani untuk menolak parti-parti politik yang pada prinsip dan sejarahnya tidak pernah ditubuhkan untuk menjaga kepentinga­n rakyat Sarawak,” ujarnya.

Mengenai Program Ziarah Gawai-Raya DUN Semop, Abdullah menghadiri majlis yang diadakan di 24 tempat yang membabitka­n 23 kampung dan 50 rumah panjang.

Secara purata, beliau menghadiri tiga majlis sehari menerusi majlis yang dianjurkan bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Skuad Sayang PBB dan Belia SABERKAS unit kampung.

 ??  ?? TIDAK KEKOK: Abdullah menjamu selera bersama penduduk kampung pada majlis Gawai-Raya dihadiriny­a di kawasan DUN Semop baru-baru ini.
TIDAK KEKOK: Abdullah menjamu selera bersama penduduk kampung pada majlis Gawai-Raya dihadiriny­a di kawasan DUN Semop baru-baru ini.
 ??  ?? BERSAMA MASYARAKAT IBAN: Setiap kali perayaan Gawai Dayak, Abdullah tidak pernah gagal bersama masyarakat Iban di kawasan untuk meraikan dan mendengar masalah warganya.
BERSAMA MASYARAKAT IBAN: Setiap kali perayaan Gawai Dayak, Abdullah tidak pernah gagal bersama masyarakat Iban di kawasan untuk meraikan dan mendengar masalah warganya.
 ??  ?? BANTUAN: Mary (dua kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada Masli sambil disaksikan Paulus (kanan) dan Mahat (dua kiri).
BANTUAN: Mary (dua kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada Masli sambil disaksikan Paulus (kanan) dan Mahat (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia