Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Malam SABERKAS beroperasi semula petang ini

-

MIRI: Pasar Malam SABERKAS yang ditutup sebelum ini kerana kerjakerja pengubahsu­aian, kini sudah siap sepenuhnya dan akan dibuka semula mulai petang ini.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam SABERKAS Abdul Rahman Jawawi berkata, seperti sebelum ini, pasar malam itu kelak akan beroperasi dari jam 2 petang hingga 11 malam.

“Kali ini kami akan berniaga dalam keadaan yang amat selesa, bersih dan tampak lebih luas berbanding sebelumnya dan kami berharap pelanggan akan berpuas hati dengan konsep baharu pasar malam ini yang lebih cantik.

“Selain itu ia pasti memberi keselesaan yang lebih kepada pengunjung kerana turut dilengkapi kemudahan termasuk bilik air yang bersih dan berwajah baharu,” tambahnya.

Menurut Abdul Rahman, lebih 250 lot gerai disediakan yang menjual pelbagai jenis makanan, barangan dan banyak keperluan lain untuk pilihan pelanggan.

“Dalam pada itu, pihak Persatuan Penjaja Pasar Malam SABERKAS ingin mengucapka­n terima kasih kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) kerana memberi kepercayaa­n penuh kepada persatuan dalam mengurus tadbir pasar malam ini, termasuk kemasukan peniaga yang mempunyai permit sah,” katanya.

Beliau berkata, semasa sidang dialog antara persatuan, para peniaga dan MBM baru-baru ini, mereka telah menyatakan sebulat suara memohon supaya MBM memberikan kuasa dan kepercayaa­n penuh kepada persatuan melakukan urusan dan pentadbira­n dalaman pasar malam berkenaan, tanpa perlu campur tangan pihak luar dan mereka yang tiada kaitan dengannya.

Malah persatuan katanya, amat mempercaya­i kerjasama yang erat dan baik dengan pihak MBM serta sokongan padu selain mematuhi setiap peraturan dan garis panduan MBM.

“Selain itu, pihak persatuan turut mengucapka­n terima kasih kepada penaung kami iaitu Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin serta Datuk Bandar Miri Adam Yii dan juga kakitangan MBM yang banyak membantu menjayakan proses naik taraf Pasar Malam SABERKAS ini, hingga berwajah baharu dan lebih sistematik berbanding sebelumnya,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia