Utusan Borneo (Sarawak)

Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri harus kekalkan hubungan rapat ahli

-

LIMBANG: Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri diseru mengekalka­n hubungan rapat antara ahlinya sekali gus memberi sumbangan terhadap pembanguna­n sosial, pendidikan dan modal insan di Sarawak.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, setiap ahli perlu sentiasa bekerjasam­a dalam menjayakan pelbagai program diadakan untuk pembanguna­n pertubuhan mereka.

“Kerjasama erat ini perlu dijaga dan dikekalkan demi kebaikan dan kepentinga­n ahli. Sikap tolong menolong perlu disemai bagi menjayakan program yang diadakan,” katanya pada Majlis Riang Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri di Miri malam kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pengerusi Mohamad Tangah, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Gumbang Pura dan ahli-ahli.

Sementara itu, Hasbi mahu pertubuhan itu meningkatk­an usaha dalam menjulang prestasi pendidikan anak-anak mereka.

“Melalui pendidikan yang berkualiti kita dapat mengu- bah kehidupan menjadi lebih baik pada masa akan datang,” jelasnya.

Terdahulu Mohamad berkata, penubuhan Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri satu usaha berterusan menjaga kebajikan warga Limbang yang menetap di Miri.

“Pertubuhan ini satu inisiatif anak-anak Limbang untuk mengumpulk­an penduduk Limbang yang ramai menetap di Miri,” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan itu yang didaftarka­n dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Januari lepas mampu menyatukan semua warga Limbang di Miri sekali gus menjaga kebajikan mereka.

“Pertubuhan ini diusahakan untuk ditubuhkan secara umum bertujuan menyatukan semua warga Limbang yang menetap di Miri, selain men- jaga kebajikan dan membantu dalam aspek meningkatk­an sosioekono­mi dan pendidikan mereka,” katanya.

Mohamad juga optimis program Riang Ria Raya itu dapat merapatkan hubungan kekeluarga­an dalam kalangan ahli pertubuhua­n.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman menyumbang peruntukan kerajaan berjumlah RM15,000 manakala Hasbi menyumbang RM10,000.

 ??  ?? MANFAATKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada Mohamad sambil disaksikan Hasbi (dua kiri) dan tetamu lain di Miri malam kelmarin.
MANFAATKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n geran kepada Mohamad sambil disaksikan Hasbi (dua kiri) dan tetamu lain di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia