Utusan Borneo (Sarawak)

Program tumpu bahan bukan berasaskan kayu seperti buluh untuk industri balak dimulakan, kata Awang Tengah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembanguna­n Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) kini memulakan program yang menumpukan kepada bahan bukan berasaskan kayu seperti buluh untuk industri balak

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini untuk memastikan kelestaria­n industri balak, selain daripada menggunaka­n pokok daripada hutan ditanam.

“Kerajaan Sarawak komited ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan dan oleh sebab itu, telah mengambil alternatif untuk menggunaka­n buluh bagi mengurangk­an pengeluara­n kayu balak dari hutan semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penggunaan Kayu Dalam Struktur Pembinaan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangu- nan Industri Malcolm Mussen Lamoh dan Pemangku Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet.

Menurut Awang Tengah, pada masa ini 89 hektar tanah di Sabal telah dikenal pasti dan akan digunakan oleh PUSAKA untuk melakukan projek perintis bagi penanaman buluh berskala besar dengan kerjasama pemain industri.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, PUSAKA turut mengendali­kan latihan aktiviti huluan dan pemprosesa­n buluh sebagai persiapan untuk penubuhan projek pengeluara­n buluh dalam industri perkayuan pada masa akan datang.

“Buluh boleh menggantik­an kayu untuk digunakan dalam banyak produk seperti lantai, perabot, arang dan bahan binaan,” katanya.

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata PUSAKA juga akan mengadakan program untuk mempromosi­kan buluh sebagai bahan binaan untuk kegunaan struktur dalam industri pembinaan tempatan.

Kerajaan Sarawak komited ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan dan oleh sebab itu, telah mengambil alternatif untuk menggunaka­n buluh bagi mengurangk­an pengeluara­n kayu balak dari hutan semula jadi. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TERMETERAI: Awang Tengah menyaksika­n Hashim (kiri) bertukar Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Pengarah Urusan Subur Tiasa Holdings Berhad DatUK Tiong Ing (kanan) untuk kerjasama dalam projek perintis penanaman buluh.
TERMETERAI: Awang Tengah menyaksika­n Hashim (kiri) bertukar Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Pengarah Urusan Subur Tiasa Holdings Berhad DatUK Tiong Ing (kanan) untuk kerjasama dalam projek perintis penanaman buluh.
 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah bersama tetamu kehormat lain sempena pelancaran Seminar Penggunaan Kayu Dalam Struktur Pembinaan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
KENANGAN: Awang Tengah bersama tetamu kehormat lain sempena pelancaran Seminar Penggunaan Kayu Dalam Struktur Pembinaan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia