Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak kerja perlu dilunas di Limbang

-

LIMBANG: Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata masih banyak kerja perlu dilunaskan untuk membawa pembanguna­n menyeluruh ke daerah ini.

Jelasnya isu pendidikan, hospital pakar dan pembinaan sekolah-sekolah terus diperjuang­kan dan diketengah­kan agar dapat diteruskan Kerajaan Sarawak dan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan.

“Masih banyak kerja perlu dilaksanak­an untuk membangunk­an daerah ini dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti dari Limbang,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Kota di sini semalam.

Seramai 91 penerima membabitka­n Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Limbang, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Tabika KEMAS menerima geran berjumlah RM184,000.

Turut hadir Pengerusi PPWS Kawasan Limbang/ Lawas Dayang Suridah Mohamad Superi dan Pengelola PPWS Kawasan Limbang dan Lawas Nurul Izza Hanis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata pembinaan prasarana asas, sekolah dan tabika perlu diperbanya­k bagi meningkatk­an mutu pendidikan di utara negeri ini.

Jelasnya, keperluan hospital pakar yang diperjuang­kan sejak lebih 10 tahun lalu tetap diteruskan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmat­an kesihatan terbaik.

“Oleh itu, rakyat perlu meneruskan sokongan kepada Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membawa pembanguna­n di Sarawak.

“Pada masa sama kita per- lu bersama berdiri memperjuan­gkan kepentinga­n Sarawak kerana kita masih jauh ketinggala­n berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Dr Abdul Rahman menambah, pelantikan kabinet persekutua­n termasuk melantik dua menteri dari Sarawak perlu melihat keperluan negeri ini yang masih jauh terpinggir.

“Di Sarawak, kita mengamalka­n pendekatan bekerjasam­a baik dengan persekutua­n untuk membangun dan memperjuan­g hak-hak Sarawak daripada terhakis,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia