Utusan Borneo (Sarawak)

Chong perlu fokus kepada isu-isu kepengguna­an di Sarawak, kata COVAS

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baharu, Chong Chieng Jen diharap akan lebih memfokus kepada isu- isu kepengguna­an di Sarawak.

Presiden Suara Pengguna Sarawak (COVAS) Michael Tiong berkata dalam jangka pendek, rakyat iaitu pengguna sudah tentu berharap Chong melihat isu-isu kos sara hidup dan cara terbaik mengurangk­an beban ditanggung pengguna dalam perbelanja­an harian.

Beliau juga percaya rakyat negeri ini khasnya mahukan kementeria­n berkenaan mewujudkan persekitar­an seimbang antara peniaga dan pengguna.

“Kita berharap YB Chong Chieng Jen akan lebih mem- fokus kepada isu-isu kepengguna­an termasuk harga barang di negeri ini khasnya di luar bandar kerana penduduk di situ kurang pendedahan kepada maklumat mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna.

“Pengguna di luar bandar harus tahu hak-hak mereka dan tahu apa harus dilakukan serta siapa boleh dirujuk apabila berdepan ketidakadi­lan peniaga yang tidak bertanggun­gjawab selepas membeli produk atau mendapatka­n perkhidmat­an,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tiong berkata demikian bagi mengulas pelantikan Chong sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baharu kelmarin.

Beliau berkata rakyat Sarawak sudah tentu berasa bangga kerana ada anak Sarawak dilantik di peringkat kementeria­n.

“Tahniah kepada YB Chong atas pelantikan beliau. Secara umumnya, ia merupakan berita gembira kepada rakyat Sarawak terutama pengguna.

“Ini menandakan satu lagi inisiatif kerajaan baharu yang akan memperjuan­gkan hak-hak pengguna di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya,” katanya.

Tiong turut memberitah­u bahawa COVAS akan bekerjasam­a dengan kementeria­n itu dan Chong untuk meningkatk­an lagi kesedaran pengguna di negeri ini mengenai hak-hak mereka.

Menurutnya masih ramai pengguna di negeri ini tidak melaksanak­an hak-hak mereka kerana tidak mengetahui saluran yang betul untuk mengemukak­an aduan lebih-lebih melibatkan isu atau kes rumit.

 ??  ?? MICHAEL TIONG
MICHAEL TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia