Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak antara lima negeri diberi keutamaan KKR

Bersama Sabah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diutamakan dalam pembanguna­n infrastruk­tur: Baru

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak antara lima negeri yang akan diberi keutamaan oleh Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dalam pembanguna­n infrastruk­tur yang dianggap mundur dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata empat lagi negeri ialah Sabah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

K a t a n y a a n t a r a pembanguna­n yang perlu diberi keutamaan ialah kemudahan lebuh raya, jalan negeri, lapangan terbang dan universiti.

“Ini adalah perancanga­n saya untuk lima tahun akan datang dan ia relevan bagi lima negeri ini yang dianggap ketinggala­n serta miskin di antara negeri-negeri lain di Malaysia.

“Namun pada masa sama saya percaya dari segi infrastruk­tur, bukan sahaja lima negeri tetapi negerinege­ri lain, infrastruk­turnya tidak memuaskan tetapi fokus utama kita ialah lima negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kerja Raya selepas memasuki pejabat di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur semalam.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata beberapa projek infrastruk­tur yang telah diluluskan akan dilaksana mengikut jadual dan perlu dilaksana dalam tempoh lima tahun iaitu sehingga 2020.

“Kita akan melaksanak­an projek- projek yang telah diluluskan kecuali kalau ada keperluan kita mengkaji semua kemungkina­n dari segi kos dan kebolehlak­sanaannya.

“Tapi projek yang telah dilulus dan ditandatan­gani oleh pihak-pihak tertentu akan dilaksanak­an,” ujarnya.

Tambahnya KKR perlu diberi bidang kuasa membina jalan raya selain Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan

Ini adalah perancanga­n saya untuk lima tahun akan datang dan ia relevan bagi lima negeri ini yang dianggap ketinggala­n serta miskin di antara negeri-negeri lain di Malaysia. Baru Bian Menteri Kerja Raya

Sarawak bagi memastikan jalan-jalan yang baik kualitinya dapat dibina menghubung­kan bandar dengan luar bandar termasuk kawasan tanah tinggi.

“Bagi kes Sarawak misalnya, harus ada jalan yang baik kualitinya menghubung­kan kawasan tanah tinggi seperti Long Semadoh, Ba’Kelalan, Bario, Ulu Kapit dan lain-lain dengan bandar.

“Infrastruk­tuu adalah katalis kepada pembanguna­n di kawasan ini seterusnya memajukan industri pelanconga­n di situ,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata KKR memerlukan sekurang- kurangnya RM2 bilion setahun bagi membaiki dan menyelengg­ara jalan persekutua­n yang rosak di seluruh negara.

Menurutnya sejak tiga tahun lepas KKR hanya mendapat anggaran RM600 juta hingga RM800 juta setahun bagi kerja-kerja penyelengg­araan jalan berkenaan walaupun terdapat beberapa permohonan untuk meningkatk­an jumlah peruntukan itu.

“Sekarang baharu saya faham kenapa jalan yang kita ada sekarang ini di ‘patch’ sahaja kerana peruntukan yang diberi tidak mencukupi, malah tidak mencapai 15 peratus pun.

“Sedangkan saya diberitahu yang kita perlu buat penurapan jalan setiap enam hingga tujuh tahun, kalau tidak status jalan tu akan jadi ‘bad’ (teruk), dan sekarang kita ada 30 peratus jalan persekutua­n berada dalam kategori ‘poor and bad condition’,” katanya.

Justeru beliau akan membawa isu peruntukan itu kepada mesyuarat kabinet akan datang untuk tindakan susulan.

 ?? — Gambar oleh Bernama ?? KEUTAMAAN: Baru pada sidang media ketika memulakan tugas pada hari pertamanya di Kementeria­n Kerja Raya semalam.
— Gambar oleh Bernama KEUTAMAAN: Baru pada sidang media ketika memulakan tugas pada hari pertamanya di Kementeria­n Kerja Raya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia