Utusan Borneo (Sarawak)

HUS terpaksa hadapi kesesakan ekoran kelewatan projek Hospital Petra Jaya

-

KOTA SAMARAHAN: Hospital Umum Sarawak (HUS) terpaksa menghadapi kesesakan di wad tambahan selain terpaksa dibuka untuk menampung peningkata­n jumlah pesakit di Jabatan Kecemasan ekoran daripada kelewatan projek Hospital Petra Jaya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata Hospital Petra Jaya apabila siap bakal memuatkan 300 katil bagaimanap­un mengalami kelewatan dan sehingga kini hanya mencapai 34.54 peratus penyiapan.

Menurut beliau, projek yang bernilai RM495 juta itu yang dijadualka­n siap pada 29 November 2016 tetapi dilanjutka­n tarikh sehingga Disember 2018 oleh kontraktor yang bertanggun­gawab.

“Akibat kelewatan, HUS terpaksa menangani langkah segera termasuk kesesakan di wad tambahan yang terpaksa dibuka bagi menampung peningkata­n jumlah pesakit di Jabatan Kecemasan dengan katil- katil pesakit disusun berdekatan antara satu sama lain.

“S e h u b u n g a n i t u , mesyuarat yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, wakil exco kerajaan negeri dan JKR telah sebulat suara memuktamad­kan supaya kontrak Zecon Medicare Sdn Bhd sebagai kontraktor utama ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan di sini, yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, semalam.

Katanya untuk itu beliau akan membangkit­kan isu berkenaan pada mesyuarat kabinet hari ini untuk memaklumka­nsertamend­apat persetujua­n cadangan penamatan kontrak terbabit.

Sehubungan itu juga hasil perbincang­an lawatan beliau semalam antara hasil cadangan adalah dengan memberi tanggungja­wab kepada JKR menjalanka­n sepenuhnya kerja-kerja pembinaan projek ‘sakit’ Hospital Petra Jaya.

“JKR akan mengambil alih sebagai bukan sahaja pelaksana tetapi melakukan kerja sebenar projek ini serta bertanggun­gjawab terus dalam projek ini.

“Selain itu bagi perunding, jurutera dan sebagainya yang dahulu bekerja dengan kontraktor sebelum ini akan terus bekerjasam­a dengan JKR,” katanya.

Tambah Dr Dzulkefly, projek juga tidak akan ditender semula kerana ia melibatkan proses yang panjang sehingga boleh menyebabka­n kelewatan.

Sementara itu, mengulas mengenai projek Hospital Sri Aman, ia mungkin mengambil pendekatan yang sama namun perlu diteliti dengan lebih lanjut.

“Bagi projek Sri Aman kita sudah mula berbincang tetapi belum mendalam lagi dan saya akan meneliti projek ini lebih serius seperti apa yang kita capai hari ini mengenai Hospital Petra Jaya. Namun ia belum lagi dimuktamad­kan kerana masih terlalu awal untuk saya nyatakan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim dan Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin.

 ??  ?? SIMBOLIK:Dr Dzulkefly (empat kanan) merasmikan sebuah mesin khas sempena lawatan ke Pusat Jantung HUS, Kota Samarahan, semalam. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan), Dr Mohd Asri (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong...
SIMBOLIK:Dr Dzulkefly (empat kanan) merasmikan sebuah mesin khas sempena lawatan ke Pusat Jantung HUS, Kota Samarahan, semalam. Turut kelihatan Dr Sim (tiga kanan), Dr Mohd Asri (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia