Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada keputusan sama ada projek Pan Borneo dikaji semula

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Baru Bian memberitah­u bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada projek Lebuh Raya Pan Borneo akan dikaji semula.

“Kami memang mahukan lebuh raya ini, tetapi jika perlu dikaji semula, kita akan kaji semula dan kita perlu lihat terhadap kemungkina­n pelaksanaa­nnya dan kemudian diseimbang­kan dengan keperluan masyarakat dan kos.

“Setakat ini tiada keputusan lagi tetapi ada beberapa perkara akan kita lihat dan sebaik mana ia dilaksanak­an dan kita siapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Menteri Kerja Raya selepas memasuki pejabatnya di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur semalam.

Beliau memberitah­u setakat ini, fasa pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo masih diteruskan dengan 36 peratus siap secara keseluruha­nnya (Sabah dan Sarawak).

Dalam pada itu Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata KKR akan membaik pulih 50 sekolah daif di Sarawak dan berdasarka­n rekod sebelum ini semua projek diberikan kepada kementeria­n itu dilaksanak­an dengan baik.

“KKR akan membina dan membaik pulih 245 sekolah daif di seluruh negara dan daripada jumlah itu 50 di Sarawak, 37 di Sabah dan baki 158 lagi di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya difahamkan ketika ini terdapat 394 sekolah daif di seluruh negara tetapi 149 lagi diserahkan kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

Beliau yang turut diminta mengulas mengenai siasatan mengenai salah laku ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sebelum ini terdapat antara 18 hingga 20 fail siasatan dibuka mempunyai hubungan dengan bekas ketua menteri Sarawak itu.

“Saya tahu sesetengah orang berkata ada laporan yang perlu dibuat terlebih dahulu, tetapi sepanjang pengetahua­n saya, sebelum ini sudah terdapat 18 hingga 20 fail siasatan dibuka di Sarawak dan saya diberitahu sesetengah daripadany­a melibatkan TYT.

“Saya telah banyak kali utarakan isu ini dan bertanya apa kesudahann­ya dengan semua fail berkenaan, sehingga sekarang kita tidak tahu, tetapi pendirian saya dalam perkara ini, siasat sekiranya ada aduan,” kata beliau.

Menyentuh kekurangan jumlah menteri kabinet persekutua­n dari Sarawak berbanding sebelum ini pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu berkata perkara itu tidak harus dipolitikk­an.

Beliau menegaskan bahawa jumlah menteri dari Sarawak bukan isu kerana percaya secara keseluruha­nnya kabinet persekutua­n yang ada sekarang sangat telus dan terbuka.

“Jumlah tidak relevan, kalau 10 menteri kabinet dari Sarawak tetapi tiada apa-apa untuk Sarawak, ia membawa makna ‘sifar’.

“Dengan itu saya berharap perkara ini tidak akan digunakan untuk politik kerana sudah tentu saya dan YB Chong Chieng Jen akan membangkit­kan isu-isu relevan untuk Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia